__AHLan WAsaHLan__

Thursday, January 28, 2010

ERTI SEORANG SAHABAT



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Friday, January 1, 2010

Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"

Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...






bermulanya semester4....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....akhirnya aku dah ada blog sendiri....rase excited pown ada....hahahaa...maklum la...sebelum nie mana ada...tgok kawan2 buat blog,teringin jgk nk buat....haha...sedar x sedar aku dah masuk minggu 3 kt Utm dalm semester 4....semakin hari semakin banyak assignment yang aku dapt...ntah la...bile agaknye nak siapkn..dah la susah....tapi itulah lumrah kehidupan sebagai seorang mahasiswa....memang dah x leh lari dgn assignment...walau berat mana sekalipun assignment,don't give up....insyaAllah...usaha tangga kejayaan...tp ingat,walau sesibuk mana sekalipun kita pada urusan dunia,jangn kita abaikan urusan akhirat...kerana urusan akhirat lebih penting dari segala-galanya....Allah telah utuskan kita di atas muka bumi hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya...bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati apa yang kita mahu....Tengoklah dunia pada masa sekarang....Mereka tidak pernah berfikir bahawa segala nikmat yang Allah pinjamkan pada kita hanya untuk sementara dan kita perlu gunakan nikmat yang Allah bagi dengn sebaik mgkin...Tiada apa yang lebih istimewa selain mengejar Syurga Firdaus di akhirat kelak......tepuk dada tanya iman.....