Setiap insan yang bernama manusia pasti tidak terlepas daripada ujian yang berlaku terhadap kita...Walaupun sedar atau tidak, ujian itu datang bukan hanya melalui musibah, tetapi juga ia datang dari pelbagai bentuk...Cuma diri kita sahaja yang dapat menilai sama ada ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t ataupun tidak....
Alhamdulillah...aku sekarang baru sahaja selesai sisa2 perjuangan dalam peperiksaan akhir..Walupun rasenyer tidak sehebat mana aku menjawab dengan yakin dan betul, namun aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana aku telah berjaya menamatkan peperiksaan kali ini dengan baik tanpa ada gangguan baik dari segi kesihatan ataupun sebaliknya...
Patinya saat inilah saat yang paling mudah untuk kita diuji oleh Allah s.wt..Dengan berakhirnya perjuangan kita dalam menempuh peperiksaan, mungkin sekarang kita mempunyai banyak masa untuk diluangkan sama ada ingin melakukan sesuatu yang berfaedah ataupun sebaliknya...
Dan masa ini jugalah syaitan dan hawa nafsu sering menipu daya kita untuk melakukan sesuatu yang mungkar kepada Allah s.w.t...
Sekiranya kita menganggap diri kita beriman kepada Allah s.w.t, kita akan tahu apa yang perlu kita lakukan di saat mempunyau masa yang sangat lapang ini..Pastinya masa inilah masa yang sesuai untuk kita bertawakkal kepada Allah s.w.t ...walaupun keputusan yang keluar nanti mungkin tidak sehebat orang lain, namun kita harus bersyukur dan sedar bahawa mungkin ini adalah salah satu ujian kepada hambanya..janganlah terlalu bersedih sekiranya kita gagal untuk mencapai sasaran kita walaupun kita telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan...ingatlah...setiap yang Allah s.w.t lakukan terhadap hambanya pasti ada hikmahnya...mungkin masa sahaja yang membezakannya...
berbalik kepada ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t, janganlah sedih dan janganlah terlalu gembira terhadap ujian yang Allah s.w.t bagi kepada hambanya..Sesungguhnya Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk hamba- hambanya...jadi kita haruslah bersabar dan yakin dengan ketetapan yang Allah s.w.t bagi kepada kita...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12