__AHLan WAsaHLan__

Sunday, December 5, 2010

~Si Burung Helang Uhud~



Namanya mungkin tidak terkenal sebaris dengan nama-nama khalifah ar-Rasyidin, malah mungkin ramai yang tidak mengenalinya, apatah lagi mengetahui kisah hidup insan mulia ini. Namun ketahuilah, dialah yang menjadi hero sewaktu peperangan Uhud dahulu sehingga Saidina Abu Bakar sendiri saat mengenangkan perang itu akan berkata,

“Seluruh hari itu adalah milik Tholhah”

Siapakah sebenarnya Tholhah?

Keislaman Tholhah

Tolhah bin ‘Ubaidillah adalah dari Bani Tamim dan keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah seorangy ang mulia, mempunyai harga diri dan sifat dermawan yang luar biasa.

Beliau pernah menceritakan tentang keislamannya.

Suatu hari saya ke pasar Busra dan terserempak dengan seorang pendeta di baiaranya. Pendeta itu lalu berkata,

“Tolong tanyakan adakah di kalangan pengunjung jualan musim ini, terdapat orang yang datang dari Tanah Haram?”

Lalu saya menyahut, “Ada. Sayalah orangnya.”

“Adakah Ahmad sudah muncul?”

“Siapa Ahmad itu?”

“Anak ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttholib. Ini adalah bulan kemunculannya. Beliau adalah nabi yang terakhir. Tempat munculnya adalah Tanah Haram. Tempat hijrahnya adalah kawasan kebun kurma, berbatu hitam dan bergaram. Awas, jangan sampai engkau didahului oleh orang lain untuk menemuinya.”

Ucapan pendeta itu menusuk ke dalam hati saya. Lalu setibanya di Mekah, saya terus bertanya,

“Adakah apa-apa yang berlaku?”

“Ada!Muhammad Al-Amin telah pun membuat pengakuan nabi. Abu Bakar telah pun menjadi pengikutnya.”

Tholhah menjelaskan, saat itu hatinya berbisik, “Muhammad dan Abu Bakar, demi Allah, kedua orang ini pastitidak kaan sekali-kali bersepakat melakukan kesesatan. Muhammad telah pun berumur 40 tahun sedangkan kami tidak pernah melihatnya berdusta. Apakah mungkin beliau yang tidak berdusta kepada manusia sanggup berdusta kepada Allah!!”

Lalu saya keluar ke rumah Abu Bakar dan bertanya, “Adakah engkau telah mengikuti ajaran Muhammad?”

“Ya. Pergi dan berjumpalah dengan dia. Ikutlah ajarannya. Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran.” Jawab Abu Bakar.

Tholhah pun menceritakan apa yang diceritakan oleh pendeta kepadanya. Tanpa lengah,mereka pergi menemui baginda Rasulullah SAW dan beliau memeluk Islam.

Begitulah Tholhah mendahului orang lain dalam memeluk Islam. Beliau waktu itu mempunyai perdagangan yang maju dan harta yang melimpah ruah. Walaupun begitu, beliau tetap berlumba-lumba berbuat perkara baik.

Burung Helang Uhud

Seperti yang kita sedia maklum, pada waktu peperangan Uhud, kaum Musyrikin beria-ia ingin menebus kekalahan mereka dalam perang Badar sebelumnya. Mereka nekad untuk menang dalam perang kali ini. Pun begitu, para pahlawan Islam tetap tidak menyerah kalah sekali pun menghadapi kemuncak kesusahan dan keletihan berhadapan dengan tentera Quraisy.

Peperangan tersebut memberi tamparan hebat kepada orang musyrik. Ramai di kalangan mereka yang terbunuh menyebabkan mereka terpaksa berundur diri melarikan diri dari tenera Islam yang gagah berani.

Melihatkan pengunduran dan kehinaan yang menimpa orang-orang kafir, tentera Islam segera meletakkan senjata. Kerana peperangan pada hari itu sangat meletihkan mereka. Kepenatan yang mereka rasai luar biasa sekali. Ketika itu pasukan memanah pun turun meninggalkan posisi mereka untuk mengambil habuan harta rampasan perang.

Tiba-tiba tentera musyrik datang dari arah belakang secara mengejut. Sekelip mata mereka berjaya menguasai medan perang. Dalam kecamuk perang ini, ratusan terkorban dan cedera dari kedua belah pihak. Orang Islam terkejut besar dengan serangan secara tiba-tiba ini.

Namun, dalam kegawatan ini, Tholhah masih sempat memandang ke arah Rasulullah SAW. Ketika itu baginda tergelincir ke dalam lubang. Pedang-pedang ganas menghujani baginda. Musuh bagaikan anjing-anjing sesat dan gila menerkamnya. Ringkikan kuda-kuda dari semua penjuru amat kuat. Tangan-tangan yang berdosa berasak-asak untuk cuba mengenakan kecelakaan dan keburukan terhadap Nabi SAW. Maka tidak hairan pada saat-saat genting ini, tersebarnya berita kematian Rasulullah SAW di segenap medan Uhud.

Namun saat itu, terdapat sepasukan tentera yang gagah perkasa bagaikan anak panah membelah pasukan-pasukan musuh yang mempunyai kekuatan pemusnah itu. Pasukan ini memecah masuk kepungan tentera musuh itu lantas dengan berani menyambar Rasulullah SAW untuk keluar dari kepungan tersebut. Mereka berhasil mengeluarkan baginda Rasulullah SAW dari cengkaman orang-orang yang menginginkan kematian baginda.

Pasukan tentera gempur yang menyelamatkan baginda itu, diwakili oleh lelaki agung dan berani ini, Tholhah bin ‘Ubaidillah. Beliau berhasil membawa Rasulullah SAW dengan tangan kirinya dan merangkul baginda ke dadanya. Manakala tangan kanannya menggenggam hulu pedang. Membuatkan kepala orang-orang yang melaluinya terpelanting ke bumi, kiri dan kanan setiap kali dia menghayunkan pedangnya.

Syahid yang berjalan di atas bumi

Malah Abu Bakar sendiri apabila mengenangkan kisah sewaktu perang Uhud akan menyebut, “Seluruh hari tersebut adalah milik Tholhah.” Betapa besarnya pengorbanan Tholhah dan sumbangannya kepada Islam dan baginda Rasulullah saat itu.

Sambungan dari kisah di Uhud, setelah tamatnya perang, Abu Bakar bersama Abu ‘Ubaidah al-Jarrah menemui Rasulullah SAW, lalu baginda berkata,

“Ambil berat terhadap saudaramu itu(uruskan saudaramu itu).”

Betapa mereka terkejut saat itu apabila mendapati terdapat lebih 70 kesan tikaman, kesan pedang, kesan anak panah, malah jari Tholhah juga terpotong. Lalu mereka berdua menguruskannya.

Rasulullah juga pernah berkata,

“Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki yang masih berjalan di atas muka bumi sedangkan dia telah seesai menunaikan janjinya kepada Allah(seolah-olah dia telah syahid), maka lihatlah Tholhah bin ‘Ubaidillah.”

Allah SWT juga berfirman berkenaan orang yang seumpama Tholhah,

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah(untuk berjuang membela Islam); maka di anatara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu(lalu syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Kita dan Tholhah

Maka, dengan ini, saya ingin mengajak hati-hati kita semua untuk duduk dan renungkan sejenak tentang keimanan kita. Tentang kita dan Tholhah.

Dia begitu eager mencari kebenaran dalam hidup sehingga bertemu Islam dan menggenggam kemas ajarannya, kita pula bagaimana? Terlalu malas untuk berfikir tentang masa depan dan matlamat hidup, sehingga terleka dengan keseronokan sementara ini?

Dia begitu berani menghadapi musuh Islam kerana keyakinannya pada janji Allah SWT, kita pula bagaimana? Usaha tidak seberapa, tetapi asyik mempersoalkan bilakah janji Allah, pertolongan Allah akan tiba sehingga sering berputus asa dari rahmatNya?

Dia begitu cintakan Rasulullah SAW sehingga sanggup menyerbu kepungan musuh semata-mata untuk menyelamatkan baginda, kita pula bagaimana? Cintakan Rasul hanya di bibir, walau hati sering jauh dari mengingati baginda SAW. Bahkan kisah hidup baginda pun belum habis dibaca, sehingga nak sampaikan seruannya pun terasa berat?

Hari ini, saat mengenangkan keberanian Tholhah, kasih dan cintanya kepada baginda Rasulullah SAW, juga keyakinannya terhadap janji Allah dan keteguhan hatinya dalam melaksanakan janjiNya kepada Allah membuat saya tertanya-tanya kembali, aku ni biar betul, mengaku Islam sahajakah?

Mana bukti kasihku padaNya?

Mana pergi janjiku padaNya?

Mana pula kedudukan baginda Rasulullah SAW dalam hati ini?

Tepuk dada, tanyalah iman~

Semoga perkenalan kita dengan Tholhah, dapat mendidik jiwa hamba, dapat menginsafi kembali keIslaman diri.

Bagaimana pula dengan sifat dermawan luar biasa Tholhah? Kalau beliau tidak syahid di medan Uhud, bagaimana pula kematiannya? Nantikan Si Burung Helang Uhud(2).

Semoga lebih banyak dapat kita pelajari dari beliau.

Sumber : Modul Pembangunan Insan(Asas-asas Islam 1)

Friday, December 3, 2010

Mukmin sejati kagum pencipta bila mendengar ayat suci


KATANYA: Ingatlah! Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar. Aku bertanya: Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, Ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan salah), bukan keterangan olok-olok; sesiapa juga daripada golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk daripada yang lainnya akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau samar-samar dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus." (Ali)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" (Hadis riwayat at-Tabrani)

Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah hendaklah dipupuk dalam jiwa setiap individu Muslim. Ia dapat dicapai melalui pembacaan al-Quran, mengerjakan sembahyang dan merenung (tafakur) mengenai kejadian makhluk Allah di muka bumi ini.

Orang alim dan mempunyai sifat mukmin sebenarnya adalah mereka yang akan tersentuh hatinya sebaik saja membaca atau mendengar ayat Allah dibaca. Begitu juga mereka akan terharu dan merasai keagungan Allah apabila terpandang ciptaan-Nya yang begitu cantik dan mengagumkan.

Segala ini adalah tanda kemanisan dan kelazatan iman yang sebenarnya dan hanya dapat dirasai oleh hati yang hidup iaitu hati sentiasa digilap dengan cahaya keimanan serta jauh daripada dosa dan maksiat.

Inilah mukmin sejati di mana mata, hati dan seluruh anggotanya dikawal oleh akal yang mendapat hidayah Allah. Ia tidak mati tapi sentiasa menghayati sebagaimana dianugerahkan kepada rasul, wali dan salafussoleh yang mencintai Allah.

Thursday, December 2, 2010

~Aku InSAn BIasA~

kita hanya merancang,
tuhan yang menentukan,
manusia berlumba2 mengejar
kemajuan dan kejayaaan...
hanya untuk kesenangan di dunia semata..
bukan semua kebaikan yang kita
lakukan dibalas dengan kebaikan,ada
kalanya ia menjadi ujian buat kita,...
untuk menyedarkan kita,siapa kita sebenarnya diri kita..
kebendaan sering mengaburi penglihatan
sehingga kita tidak mampu menilai dan
tidak dapat membezakan antara
yang baik atau sebaliknya,...
keegoan yang meninggi kadangkala
membuat kita rasa gah hingga sanggup
memperkuda kayukan orang yang lemah daripada kita..
hanya kerana satu persaingan yang kecil...
namun sebenarnya kita tidak dapat mengubah...
dan lari daripada takdir-Nya..
meskipun kita disuruh berusaha untuk
mengubah satu kehidupan kita alami selama ini...