__AHLan WAsaHLan__

Friday, April 15, 2011

Dalil Isu Palestin Adalah Isu Umat Islam



“Teruk aa orang Palestin nih, berdamai je la dengan Israel ni, habis cerita “
“Apa pulak masalah kita ? ni masalah rakyat Palestin !”
“Ishh…tak habis2 depa ni berbunuh2an, bila nak tamat cerita Palestin-Israel ni?”
“Apa penting sangat Palestin ni ? Kita kat sini dapat cukup makan pakai dah laa “

…antara skrip biasa rakyat Malaysia bila di tanya isu Palestin. Maszlee Malek memberikan dalil kenapa umat Islam sedunia perlu membuka mata dan menggerakkan minda dan tenaga untuk membebaskan bumi Palestin dari rejim Zionis

Kedudukan Palestin Di Dalam Islam
Oleh : Maszlee Malik

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

1. Ianya merupakan tanah Para Anbiya’. Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Antara mereka ialah Nabi Ibrahim (dimakamkan di Khalil ? Hebron) , Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya, Nabi Isa dan lain ? lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.

2. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa
i- masjid yang kedua dicipta oleh Allah S.W.T di muka bumi ini,
Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W pernah ditanya : ?Mesjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini ?, Baginda S.A.W menjawab : ?Masjid al-Haram?, ?Selepas itu masjid apakah pula ??, Baginda S.A.W pun menjawab : ? Masjid al-Aqsa?.

Ramai aktivis Palestin masih ditahan sekarang, apa sumbangan kita ?


ii- menjadi qiblat pertama untuk orang Islam sebelum mereka bersolat menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.

Ini berdasarkan hadith yang mutawatir (banyak sekali) dari para sahabat, dan di antaranya ialah Hadith dari al-Barra Bin ?Azib seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :
?Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah berjumpa dengan saudara ? maranya di kalangan Ansar, dan baginda bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan?? sehingga akhir hadith. Had
iii- merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.
Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa?

iv- Di masjid ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad daripada bumi suci itu melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit yang dinmakan mikra (Naik ? ke langit).
Firman Allah S.W.T :Yang bermaksud :
?Maha suci Allah yang telah mengisrakan (membawa pada perjalanan malam) hambanya dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk kami perlihatkan kepadanya tanda ? tanda kekuasaan kami? (Surah al-Isra : ayat 1)

v- Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : “Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat”.
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai Hassan.

3. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Ini berdasarkan Hadith Maimunah Binti Saad yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan juga Ibn Majah : Maimunah telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W : ?Ya Rasulullah berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis?, Lantas baginda menjawab : ?Ianya adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan? .

4. Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath”, iaitu bumi pertahanan jihad.

Atas dasar inilah Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada kaum muslimin bahawa mereka akan mendudukinya dan berpusat di sana. Sebab itulah di zaman Saidina Omar tidak sedikit sahabat yang syahid untuk membebaskannya dari tangan kerajaan kristian Rom. Selepas itu ianya juga pernah jatuh ke tangan tentera salib Eropah sehinggalah Salahuddin al-Ayubi membebaskannya. Begitu juga di zaman Tatar, mereka hamper sahaja menawannya sehinggalah mereka dikalahkan oleh Sultan Qutz. Dan sekarang ini ianya dijajah oleh Yahudi dan jihad akan berterusan di sana selaras dengan janji Rasulullah S.A.W sehinggalah har i kiamat nanti.
Ini selaras dengan hadith riwayat Abu Darda : “Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah ?”
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani.Al-Haithami menyatakan perawi ? perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith ? hadith yang lain.

5. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa nabi S.A.W bersabda : ?Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh ? musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh ? musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan , dan sehingga dating pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala?,Para sahabat bertanya : ?Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W ??, Baginda S.A.W menjawab : ? Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis?.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : ?Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang ? orang yang thiqah (dipercayai).

6. Ianya juga merupakan bumi yang diberkati Allah. Samada dengan banyaknya para anbiya yang telah diturunkan di sana, jihad yang berterusan dan juga dari sudut kesuburannya. Malah di dalam surah al-Tin Allah S.W .T telah mengisyaratkan bumi tersebut dengan buah tin dan buah zaitun ? menurut tafsiran majoriti ulama tafsir- kerana banyaknya terdapat buah tin dan buah zaitun di sana seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Kathir di dalam “Tafsir al-Quran al-Azim”nya.

Antara ayat ? ayat yang menunjukkan keberkatan bumi tersebut ialah firman Allah S.W.T :
“Maha suci Allah yang telah mengisrakan hambanya pada waktu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya (bumi tersebut) , untuk kami tunjukkan kepadanya tanda ? tanda kekuasaan kami” ( al-Isra : ayat 1)
dan juga firman Allah S.W.T :

Umat Islam wajib bangkit dan bersatu menentang rejim Zionis dan membebaskan Palestin

“Dan kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke bumi yang kami berkati untuk sekelian alam” ( al-Anbiya : ayat 71)
Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah bumi Palestin.
Dan juga firman Allah S.W.T :
“Dan bagi Sulaiman (kami tundukkan) baginya angin kencang yang menurut perintahnya ke negeri yang telah kami berkati” ( al-Anbiya : ayat 81 )
Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah Baitul Maqdis.
Dan banyak lagi ayat ? ayat lain berkenaan fakta tersebut.

7. Di sini jugalah akan didirikan ibu negara umat islam di akhir zaman , dan kemajuannya akan membawa kepada tanda ? tanda akhir zaman.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W seperti yang telah diriwayatkan oleh Nuaim Bin Hammad salah seorang syeikh kepada Imam al-Bukhari dalam kitabnya “al-Fitan” :

Sabda Rasulullah : ” Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)?” sehingga ke akhir hadith.

8. Di bumi ini jugalah banyak peristiwa besar pada akhir zaman akan berlaku seperti yng telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith ? hadith sahih dan hassan, antaranya :
i- Pusat pemerintahan imam Mahdi dan Nabi Isa A.S.
ii- Dajjal dibunuh oleh nabi Isa di Lud, sekarang ini terdapat lapangan tentera Israel di Bandar tersebut.
Berdasarkan hadith Rasulullah riwayat Majma’ Bin Jariah, sabda Rasulullah S.A.W : “Ibn Maryam akan membunuh Dajjal di pintu kota Lud”
Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Termizi, al-Humaidi, Ibn Hibban, dan al-Tabrani dan diklasifikan sebagai sahih lighairihi.
iii- Pertempuran besar antara umat islam dengan Yahudi di bawah pimpinan Dajjal akan berlaku di sini.
Berdasarkan hadith Ubadah Bin Somit, Rasulullah S.A.W bersabda : “Akan kekal di kalangan umatku sekumpulan yang berjihad menegakkan yang haq dan mengalahkan mereka yang menentangnya sehinggalah di kalnagan mereka akan membunuh Dajjal”
Hadith riwayat Imam Ahmad dan al-Tabrani dan dikategorikan oleh al-Hakim sebagai sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
Berkaitan dengan pembunuhan pengikut ? pengikut Dajjal di Baitul Maqdis pula diceritakan dalam hadith Ibn Umar, bagaimana selepad Dajjal dibunuh, mereka pula akan dibunuh oleh orang islam sehingga jika mereka bersembunyi di sebalik batu dan kayu , batu dan kayu akan memberitahu orang islam untuk membunuh Yahudi ? yahudi tersebut.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan dikategorikan sahih oleh Ahmad Syakir.

No comments:

Post a Comment