Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
__AHLan WAsaHLan__
Tuesday, March 27, 2012
Jerusalem tetap di hati perjuangan Palestine
Friday, March 23, 2012
8 iktibar selepas 8 tahun Ahmad Yaasin syahid
Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:
1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.
2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.
3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.
4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.
5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.
6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja
.
7. Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net
Sunday, March 18, 2012
Kesan Dosa Kepada Hati
“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)
Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.
Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.
Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?
Sumber: http://www.langitilahi.com/