Selasa, 27 Mac 2012 / oleh Sarah Colborne, The Guardian - Pusat tradisi sosial rakyat Palestin, kehidupan beragama dan ekonomi mereka semakin dipencilkan oleh polisi Israel.
Baitulmuqaddis adalah sebuah bandar yang merangkumi warisan budaya tiga agama: Islam, Kristian, dan Yahudi. Namun rakyat Palestin - Kristian dan Islam - sedang dihalau keluar dari Jerusalem. Satu contoh pembersihan etnik sedang berlaku di Silwan, di mana 1,000 orang penduduk diusir keuar memandangkan tapak rumah mereka akan dijadikan taman pelancongan Raja David. Sebagai tindak balas kepada keadaan yang mendesak ini, satu pakatan antarabangsa telah merencana satu siri protes secara aman di seluruh dunia pada 30 Mac untuk mengakhiri pembersihan etnik rakyat Palestin yang tinggal di Baitul Maqdis.
Baitulmuqaddis, pusat tradisi kehidupan sosial, agama dan ekonomi rakyat Palestin, semakin terpencil dan disekat oleh polisi Israel. Pertubuhan hak asasi manusia Israel B'Tselem menyatakan bahawa sejak Israel menduduki Jerusalem Timur secara haram pada tahun 1967, yang melanggar undang-undang antarabangsa, "Matlamat utama kerajaan Israel di Jerusalem adalah untuk mewujudkan keadaan demografi dan geografi yang akan menghalang mana-mana usaha pada masa depan yang mencabar kedaulatan bandar Israel". Kira-kira 200,000 peneroka kini tinggal di penempatan haram Israel di Baitulmuqaddis Timur.
Kebimbangan terhadap dasar-dasar ini bukan hanya kebimbangan aktivis pro-Palestin, atau kumpulan hak asasi manusia Israel. Seorang Ketua Misi EU dalam laporannya menekankan bahawa pada tahun lepas berlaku pengembangan yang berterusan ke atas penempatan haram Israel, pengusiran dan perobohan rumah-rumah rakyat Palestin, dan sekatan ke atas kebebasan undang-undang dan agama. Rakyat Palestin yang telah hidup lama selama beberapa generasi di Baitulmuqaddis Timur boleh hilang hak residensi mereka jika mereka meninggalkan bandar kerana menurut fahaman Kafkaesque, pusat kehidupan mereka tidak lagi di Jerusalem, sedangkan rakyat Israel dijamin kewarganegaraannya. Sejak penjajahan Israel di Baitulmuqaddis Timur, lebih daripada 14,000 rakyat Palestin dibatalakn hak residensi. Rakyat Palestin seramai 270,000 yang tinggal di Baitulmuqaddis Timur diperintahkan untuk merobohkan rumah-rumah atau perniagaan mereka, atau dipaksa untuk menonton penjajah merobohkan rumah mereka. Dianggarkan bahawa 20,000 rumah rakyat Palestin di Baitulmuqaddis telah diperintah supaya dirobohkan.
Walaupun Israel mencabuli undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat -yang direka untuk melindungi mereka yang hidup di bawah penjajahan- kerajaan telah gagal untuk mencegah pencabulan Israel ke atas undang-undang antarabangsa, dan ini membuktikan mengapa ia begitu penting kepada masyarakat awam antarabangsa untuk bertindak.
Perarakan Global ke Jerusalem membawa bersama suara gabungan rakyat Palestin dan pertubuhan-pertubuhan Palestin, serta penyokong-penyokong dari berpuluh-puluh negara di seluruh dunia dalam perjalanan menuju ke Jerusalem, dan ke negara-negara sempadan, untuk mengambil bahagian dalam tindakan yang aman ini, atau menganjurkan protes di London dan lain-lain bandar-bandar di seluruh dunia. Dua pemenang hadiah Nobel, Ketua Biskop Desmond Tutu dan Mairead Maguire, telah menyertai pengendos antarabangsa yang lain. Anggota lembaga penasihat yang lain termasuk Mustafa Barghouti, Rabbi Lynn Gottlieb, penulis dan aktivis dalam gerakan Pembaharuan Yahudi; dan Ronnie Kasrils, pemimpin kemerdekaan kebangsaan Afrika Selatan dan bekas menteri kabinet.
Perjuangan menuntut kebebasan, keamanan dan keadilan untuk rakyat Palestin adalah isu utama bagi kita yang komited memperjuangkan kesaksamaan dan hak asasi manusia. Saya membesar semasa era aparteid di Afrika Selatan, dan saya melihat wujudnya potensi bagi kita semua untuk berjaya dalam perjuangan menentang ketidakadilan. Ini adalah sebab saya belayar dalam Marmara Mavi, satu konvoi bersama-sama dengan peserta dari lebih 40 negara, yang cuba untuk memecahkan pengepungan Israel ke atas Gaza. Perjuangan menuntut hak rakyat Palestin adalah teras kepada pergerakan global untuk keadilan sosial dan ekonomi, untuk kebebasan, kesaksamaan, dan menentang rasisme. Perarakan Global ke Jerusalem akan berterusan dalam tradisi ini, menganjurkan tindakan anti ganas ke atas pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel.
No comments:
Post a Comment