__AHLan WAsaHLan__

Sunday, August 25, 2013

Solidariti buat Mesir

~Bismillahirrahmanirrahim~

Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.


#R4BIA around the world#
#PRAY FOR EGYPT#








#Sumber: Mesirkini

No comments:

Post a Comment