Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
__AHLan WAsaHLan__
Saturday, August 21, 2010
Ratapan seorang hamba....
Lupa karena hati hamba menghitam pekat disebabkan banyak sekali maksiat yang hamba lakukan, padahal Engkau sangat murka dengan orang yang berbuat maksiat, hamba ingin sekali tidak melakukan itu semua, tapi hati hambaMu ini sulit sekali keluar dari gelapnya hati. Oleh kerana itu ya Allah berilah hamba petunjukMu, petunjuk yang dapat menerangkan hati hamba, petunjuk yang dapat menguatkan hati hamba, dan petunjuk yang dapat membawa hambaMu ini untuk menggapai redhaMu ya Allah. Ya Allah berapa banyak nikmatMu yang hamba ingkari dan kufuri, harus berapa lama lagi ya Allah, hambaMu ini berada dalam kesesatan, kesesatan yang menyesak hati dan menyayat hati, ingin sekali bisa merengkuh nikmatnya Iman dan nikmatnya Islam, tetapi lagi-lagi ya Allah, hamba terhambat, dikeranakan kemalasan hamba, kelalaian hamba bahkan kosombongan hamba.
Ya Allah terangkanlah dan cerahkanlah hati hambaMu ini, secerah mentari pagi hari yang dapat menerangi kegelapan malam dan menghancurkan kekufuran. Hati hamba bergolak tak karuan, kadang naik bahkan kadang turun, padahal hamba telah berusaha untuk tidak seperti itu, hanya pertolonganMu lah ya Allah yang dapat menjadikan hamba kuat untuk menghadapi semua itu, berilah kekuatan hamba untuk mempertahankan ketika iman hamba sedang kuat, dan berikan kekuatan pula ketika iman sedang turun agar bisa meningkat lagi, sehingga hamba boleh mendekat denganMu dengan hati yang bersih dan suci, hamba tidak ingin menemuiMu ketika hamba sedang kotor, ketika hamba berhati hitam, dan ketika hamba terperosok ke dalam jurang yang gelap gulita sehingga menggelapkan mata hati ini.
Ya Allah sering sekali hati ini berpaling dariMu, cinta yang Engkau ciptakan kepada hamba yang Engkau tanam di hati hamba, sering sekali hamba manfaatkannya bukan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaMu, tetapi kadang cinta ini membuat hamba lupa padaMu, lupa dari segala-galanya. Hamba sering sekali lebih mencintai ciptaanMu daripada kepadaMu ya Allah. Hamba sering mencintai lawan jenis tidak keranaMu ya Allah, hamba lebih sering mencintai harta tidak keranMu ya Allah, dan hamba lebih sering mencintai takhta tidak keranaMu ya Allah. Cinta apakah itu ya Allah, apakah bukan cinta tapi hawa nafsu , jika benar memang hanya sebuah hawa nafsu, maka lepaskanlah ya Allah cinta yang seperti itu, hamba tidak ingin merasakan cinta yang seperti itu, cinta kerana hawa nafsu, cinta yang tidak baik untuk kesihatan hati hamba ini ya Allah.
Ya Allah semoga deraian air mata yang menitis ini sebagai saksi bahwa hamba benar-benar ingin bertaubat kepadaMu, bertaubat dari perbuatan kemaksiatan, bertaubat dari hati yang berprasangka buruk, dan bertaubat dari fikiran-fikiran yang kotor. Biarkanlah air mata taubat ini menitis dengan ikhlas, sehingga hati yang keras sekeras baja ini bisa luluh dengan keikhlasan air mata ini.
Ya Allah berapa banyak hati manusia yang tersakiti oleh tajamnya lidah ini, padahal lidah ini amanah dariMu ya Allah yang harus hamba jaga dan rawat. Hamba sering mengaku cinta padaMu tetapi jarang sekali lidah ini menyebut namaMu malahan lebih sering menyebut saudara hamba dengan sebutan hinaan, makian dan cacian bahkan tidak jarang hamba membuka aibnya. Dimanakah ya Allah letak cinta hamba kepadaMu, sungguh hina dina diri hambaMu ini.
Ya Allah berapa banyak kulit manusia yang tersakiti oleh kerasnya pukulan tangan ini. Jarang sekali tangan ini untuk bersedekah, padahal di kiri dan di kanan hamba masih banyak saudara hamba yang kelaparan dan kesulitan tetapi hamba lebih sering menyakiti dan menyombongkan diri dihadapannya sulit sekali untuk mengulurkan bantuan kepada mereka. Kemudian tangan ini pun Jarang sekali digunakan untuk menulis ayat-ayat Qur’anMu ya Allah untuk berdakwah, tetapi lebih sering menulis kata-kata untuk menyakiti saudara hamba, untuk menghina saudara hamba, dan juga untuk menyesatkan saudara hamba. Ya Allah mata yang Eng
kau amanahkan kepada hamba lebih sering digunakan untuk melihat hal-hal yang buruk, padahal jikalau Engkau menghendaki mata ini tidak dapat melihat lagi. Ya Allah bimbing mata ini untuk melihat ayat-ayat kauniyahMu ya Allah. Melihat firman-firmanMu ya Allah dan untuk melihat ciptaanMu yang begitu indah dan hebatnya.
Ya Allah kedua telinga yang Engkau amanahkan kepada hamba lebih sering hamba gunakan untuk mendengar ghibah, mendengar perkataan kotor, dan mendengar obrolan-obrolan yang tidak bermanfaat. Padahal hamba ingin sekali mendengar indahnya ayat-ayat cintaMu ya Allah, ingin mendengar firman-firmanMu ya Allah dan ingin sekali mendengar syari’atMu tegak dibumi ini.
Ya Allah bimbinglah hamba ini agar lidah, tangan, mata dan telinga hamba dapat menjadi sebagai sarana untuk menggapai redhaMu ya Allah, hanya redhaMu lah yang hamba cari, dan hanya RedhaMu lah kenikmatan yang terbesar bagi hamba. Ya Allah jauhkan lah hamba dari syaitan yang terkutuk, syaitan yang selalu menggoda hamba ketika hamba mendekatkan diri kepadaMu, syaitan yang selalu menggrogoti iman dan Islam hamba, dan syaitan yang selalu memberikan kenikmatan tapi menghancurkan, belum cukupkah wahai syaitan engkau menghancurkan hidupku?
Ya Allah hamba hanya ingin menjadi hambaMu yang benar-benar hamba, seoarang hamba yang patuh dan ta’at seorang hamba yang siap menerima perintah apapun dariMu ya Allah, dan seorang hamba yang selalu mencintaiMu dimanapun dan kapanpun.
Ya Allah terima kasih dan bersyukur kepadaMu dari segala nikmat yang telah, sedang, dan akan Engkau berikan kepada hamba, jadikanlah hambaMu ini termasuk orang-orang yang bersyukur. Amin, amin ya Robal ‘alamin
Wednesday, August 11, 2010
Ku merinduimu Ya Ramadhan..
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.
.Sempena bulan yang baik ini,ku pohon
diampunkan segala dosa dan keterlanjuran yang mungkin berlaku dalam hidupku.Maaf ya.....Biarlah kita selesaikan segala yang kecil-kecil ini di
dunia yang fana ini...Sama-sama lah kita menghayati bulan yang mulia ini
dengan memperbanyakkan ibadah di dalamnya.Kehadirannya kita rindukan seperti kita rindukan seseorang...Jadi, sepanjang sebulan kehadirannya jadilah insan yang sangat mulia dalam mencari barakah-Nya dan juga redha-Nya..Beramallah dengan seikhlas mungkin kerana Allah suka kepada orang yang ikhlas....Sedikit renungan untuk kita
bersama:-
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
> Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
>bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau,peluh juga
>berbau,kulit kering bersisik dan gatal,air kencing pekat dan berbau dan
>mungkin juga kerap kencing,buang air besar selepas beberapa hari
>berpuasa,sakit kepala,lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari
>lemak ke darah,sebelum keluar dari badan),dan mungkin juga berlaku selsema
>dan kahak serta lendir dankeputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius,jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna
makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak,berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan.InsyaAllah jika makan secara
perlahan-lahan,masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah
anggur,buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu
karang,gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet,pewarna,perasa tiruan seperti
burger,sosej,mee segera,air tin & kotak,air sQuash,nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan
air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar,badan cepat letih,cepat
marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan,senang gelap mata,nafas
berbau,lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih,nafas hilang bau,selera
makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.Di
fasa ini juga mental,emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi
orang baru.Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar
mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan
berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah,berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna,perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya
itu,selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
>Selamat Berpuasa,sahabatku
Wallahu A'lam......
Wednesday, July 21, 2010
UKURLAH NILAI PERSAHABATAN DI ATAS DASAR CINTA ILAHI
Sebut saja bunga pasti ramai tersenyum mengenangkan keharuman dan kecantikannya yang mampu menyejukkan mata-mata yang memandang sama ada perempuan atau lelaki, tua atau muda. Bunga tetap menjadi pilihan utama sebagai penyeri majlis dan persekitaran kotaraya. Menceriakan suasana dengan kelopaknya yang merekah, menyemarakkan alam dengan keharumannya.
Kita sedar atau tidak, bunga juga dijadikan simbol kasih sayang. Bunga menjadi saksi ungkapan kasih, bahkan sebagai lambang ketulusan hati. Dalam persahabatan, sahabat itu bagaikan bunga yang menceriakan kehidupan kita. Persahabatan meninggalkan makna yang cukup mendalam. Jika kita bertanya kepada 10 orang berlainan mengenai persahabatan, sudah tentu 10 jawapan yang berbeza akan diperolehi.
Ada yang mengatakan persahabatan itu adalah jalinan hati antara dua insan yang saling mengasihi. Tak kurang juga mengatakan persahabatan terbit apabila seseorang itu berjaya mengharungi suka-duka bersama. Walau apapun tafsiran kita, tujuannya tetap sama iaitu semua kita memerlukan sahabat. Kita ibarat musafir yang menempuh perjalanan jauh dan gersang dan sudah tentulah amat memerlukan teman apabila kesunyian.
Hari ini, ramai yang berjaya menjadi rakan yang baik dan cukup memahami, namun amat sedikit yang berjaya menjadi sahabat sejati. Sahabat sejati dapat dinilai apabila dia setia bersama-sama kita menghadapi saat jatuh dan bangun, membantu menangani cabaran dan permasalahan serta tabah menghadapi kesusahan hidup bersama. Pada saat kita di bawah dia sebagai pendorong, pada saat kita di atas dia sebagai penyokong. Namun begitu, sahabat yang benar-benar ikhlas dan jujur amat sukar ditemui. Umpama mencari mutiara di dasar lautan, perlu diproses sebaik mungkin agar muncul sebuah mutiara yang berkualiti.
Jadi apakah teras kepada ikatan persahabatan yang sejati itu ? jawapnya ialah saling berkasih sayang kerana Allah SWT. Hanya dengan asas ini ikatan persahabatan yang terbina akan kukuh dan tersergam indah. Tidak seorangpun yang akan mengakui hidupnya gembira tanpa sahabat. Sahabat ibarat pohon rimbun sebagai tempat berteduh di waktu panas. Tanpa sahabat, pastinya hari-hari yang kita lalui terasa suram dan kurang bermaya. Segalanya terasa tawar dan hambar bagaikan memakan nasi tanpa lauk.
Marilah kita renungi sabda Rasulullah, “ Bersahabatlah dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya banyak menyedarkanmu ke jalan Allah.”
Peranan sahabat itu akan bertambah penting apabila berada dalam satu medan perjuangan. Adakalanya kita tersungkur dek tersepak akar banir dan batu kerikil yang merentangi jalan perjuangan kita. Lalu kita tercalar dan terluka. Cedera yang tiada penawarnya, maka di sinilah pentingnya peranan sahabat yang memahami arus perjuangan ini terus meniupkan semangat dan memimpin kita bangun untuk kembali ke landasan sebenar.
Bagaimanakah sahabat sejati dapat dibentuk? Tidak ada jalan lain kecuali kembali mengikuti cara didikan Rasulullah SAW. Rasulullah telah meninggalkan kepada kita dua warisan yang cukup berharga iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Nabi SAW memberi jaminan keselamatan dan kejayaan jika umatini terus berpegang dengan kedua warisan ini. Tidak akan sesat atau berada dalam kehinaan untuk selama-lamanya.
Ketahuilah bahawa seandainya harga sebuah persahabatan itu dapat dibayar dengan wang ringgit, sudah pasti ramai yang merasai kemanisan dan keindahannya. Namun, hakikat ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bertuah, yakni mendapat hidayah Allah SWT.
Hari ini susah nak cari persahabatan yang dibina di atas dasar iman dan taqwa. Bukan tak ada, tetapi dan terlalu sedikit. Orang bersahabat selalunya mahukan sesuatu dari sahabatnya, dan mengharap imbuhan kebendaan dari kenalan atau kawannya suatu hari nanti. Kerana itulah, orang yang miskin dan tidak mempunyai jawatan biasanya tidak ramai kawan pada hari ini, sebab orang lain tidak boleh mengharap apa-apa daripadanya. Sistem hidup hari ini mengajar manusia supaya bergerak di atas dorongan kebendaan dan habuan duniawi, dan lama kelamaan masyarakat makin rosak dan tidak menentu. Allah tak turunkan keberkatanNya kepada masyarakat yang begini.
Oleh itu, kita haruslah mulakan segalanya dari diri kita dulu. Kita berusaha menjadikan diri kita sahabat sejati dan berusaha membina persahabatan berlandaskan cinta dan kasih sayang Allah. Sebarang percanggahan idea dan pendapat perlulah ditolak ke tepi. Utamakan kasih sayang adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Hargainya selagi ia masih ada!.
Monday, May 17, 2010
Salam....
Rassenyer agak lame jgk aq x tulis blog ni..rase rindu plak..haha...Sekarang ni aku dalam cuti...Cakap mengenai cuti, sape yang x seronok kan...yela...rasenyer macam bebas jerr dari pelajaran...x payah nk pegang buku lg....Tp bg aku, setiap kali cuti, aku rase rindu plak bersama ngn kwan2....Tp nasib baik ada byk program dalam cuti ni....
Tanggal 14 Mei 2010, aq ada mengikuti Program UTM SASARANKU '10' yang berlangsung di SM Teknik Melaka Bukit Piatu....Dalam Program ni, kami lebih memberi pendekatan kepada pelajar2 mengenai kaedah pembelajaran yang betul dan juga matlamat dan hala tuju selepas SPM...
Memang aq rase seronok join program ni...Lebih2 lagi aq dapat timba pengalaman yang amat berguna di samping dapat mengukuhkan Ukhwah silaturrahim dengn kawan2...Baiklah....aq akan cerita sedikit sebanyak mengenai tentatif perjalanan kt sane...
14 Mei 2010 (jumaat)
Tepat jam 9 pagi, kami bertolak dari Utm dengan lebih kurang 52 fasilitator dan 4 orang pembantu felo...Fasilitator2 terdiri drpd 3 kelompok iaitu Palapes Darat, Palapes Laut Dan juga Awam....Sebaik jerr kami menaiki bas, ape lagi kami terus jerr tido...maklum la...dah 2 hari kami melakukan gerak kerja...letih la jgak...hahaha...Perjalanan kami mengambil mase lebih kurang 3 jam lebih.....kami sampai di Bukit Piatu dalam 12 tgahari.....Sampai jerr sane, kami ditempatkan di Asrama dgan 2 buah bilik sebenarnyer...1 bilik tok pembantu felo dan 1 bilik lg tok kitorang....Memang agak kurang selesa, tp itulah kenangn x dpt dilupakan tidur ramai2 dalam 1 bilik..hahaha...memang best ar..
Majlis perasmian telah berlangsung tepat jam 3 petang yang telah dirasmikan oleh Leftenen PM Dr Sulaiman Hj Kadikon.....lepas perasmian pembukaan, pelaajar2 dibahagikan kumpulan sebanyak 20 kumpulan dngn 10 atau 11 orang setiap kumpulan....Semua fasi bergerak dgn kump masing2..aku jgk yang x de...nk wt cmne...kate unit modul...modul mane leh jd fasi..hahaha...tp cm x best ar x dpt adik2..huhu..tp kat sne, aq byk dekt ngn kumpulan hafis ngn emy...best gak ar group diorang...happening jerr...mcm biase ar..pada petang tu, kami ada slot Journey to the center of the Earth (Ice Breaking) iaitu lebih kepada pengenalan sesama ahli dan juga fasi..
Pada Waktu malam, kami ada slot Mengapaku Di sini...Slot ini agak menarik kerana ia lebih memberi motivasi kepada adik2 dan juga keikhlasan adik2 untuk join program ini...sesi ini jgak menekankan tentang matlamat dan ape yang adik2 nk dlm hidup...tepat jam 12 tgah malam, pelajar2 dilepaskan balik tidor.....Secara keseluruhan hari ini. pelajar2 agak lemau dan x bersemangt langsung....rata2 di kalangn mereka agak pasif...
15 Mei 2010 (Sabtu)
Tepat jam 6.30 pg, semua pelajar berkumpul di dewan untuk senaman pg...tp rata2 di kalangn mereka lewat smpai...erm...cm biase la...ape lg...memang kena ar bdak2 tu...trok jgk ar bdak 2 kena....tp x la seteruk bukit katil...hahhaa...2 la..lambat sangt....aku rase, senaman pg agak memboringkan...pelajar2 masih x bersemangt....pada pukul 8 pg, kami ada slot explorace yang memerlukan pelajar2 pergi ke 10 check point..memang agak seronok ar kenakan diorang..hahaha...
Explorace ini berlangsung selame 2 jam 30 minit...lame 2.....pada pukul 11 pg, pelajar2 diteruskan dgn slot ingt ingt semut dan Kau Dan Aku adalah satu...
Pada waktu petang, Slot Universiti impian telah diteruskan yang mengambil mase slama 1 jam lebih....Slot ini memerlukan perbincangn dan kerjasama dalam setiap kumpulan....selepas solat asar, pelajar2 diteruskan dgn Modul math puzzle dan Semut Gile.....Yang paling best Semut gile sebab dgn fasi2 sekali kena..hahhahaha..padan muka...
Pada waktu malam, pelajar2 diteruskan dgn slot Kopi oh Kopi....Slot ini sgt menyentuh hati kerana pelajar2 diperlukan untuk mencerita segala kenangn pahit kepada ahli kumpulan....ramai jgk ar yg menangis....tp dalm slot ini, aq byk join group hafis ngn emy....memang macm2 cerita bdk2 ni....sebaik jer habis, fasi diminta untuk bg kesimpulan dan objektif sebenar slot ini...pelajar2 diteruskan plak dngn slot Ikut saya...hahaah....pelajar2 diminta untuk tutup mata dan setiap fasi ditugaskan untuk membawa setiap kumpulan ke suatu tempat...hahaha...memang best ar kenakan diorang....last slot pada hari ini adalah kenakn palajar2...sebenarnyer x de perancangan pun nk buat mcm ni..tp terpaksa..budak2 lemau sangt...Malam 2 memang fasi2 berlakon marah ar kt pelajar2...nk bg mental sikit pada diorang....lebih setengah jugak ar kitorang buat2 marah....napi dan c-dien menceriakan balik keadaan....last skali, semua fasi dan pelajar bersalam salaman.......
16 Mei 2010 (Ahad)
Hari ini adalah hari terakhir kami berada di sini...macam biasa, slot hari ini dimulakan dengan senamrobik bersama fasi Navy...Antara senamrobik yang dibuat adalah chicken dance dan poco poco...Semua pelajar kelihatan ceria dan seronok..Slot seterusnya adalah Slot Inikah caranya yang bermula pada pukul 8 pagi yang memerlukan ketua kumpulan tutup mata dan ahli kumpulan guide ketua..Diikuti pulak dgn slot bersama Staf palapes pada pukul 9 pagi yang menerangkan tentang Survival......Pada pukul 11.30 pg, pelajar diminta berkumpul untuk sesi pembahagian hadiah kepada setiap ahli kumpulan.
Pada pukul 2 petang, Slot bersama Hazman(Toba) telah berlangsung selama 2 jam...Slot ini dipanggil Sesi harapan di mana Toba ditugaskan untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar2...hampir semua pelajar aku rase yang menangis dalam slot ni...memang sayu ar...smpai aku sendiri pun rase sebak..hahahhaa...tepat jam 4 petang, majlis penutup telah berlangsung...lebih meriah lagi, pelajar dari sekolah bukit katil pun datang untuk berjumpa ngn abang dan kakak fasi diorang..huhuhu..Sebelum kami pulang, semua fasi telah berjumpa dgn adik2 untuk kali terakhir...sedih jugak la nk tinggal adik2...semua orang bergambar dan bertukar2 no telefon sebagai kenangn untuk diri sendiri...Kami bertolak pulang dalam jam 6.30 ptg dan samapi Utm dalm pukul 10 malm...samapai jer Utm, terus buat postmortem kt bilik jkm...
bagi aku, Inilah kenangn yg indah kerana dapt jadi fasi dan tolong adik2 di samping dapt mencari pengalaman yang amat berguna....harapan aku, semoga program macam ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan....
Saturday, March 13, 2010
SEDARLAH REMAJA ISLAM
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.
Umat Islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat Islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.
Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…
Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata, kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Mereka menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Lalu Allah sendiri yang MEMBIARKAN MEREKA SESAT. Allah berfirman dalam surah Aj-Jasiah, surah ke 45 ayat ke 23,
” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Sedarlah saudara-saudara seIslamku..umat Islam kini semakin teruk, Sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Inilah tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(surah Adz-Dzaariayat, surah ke-51 ayat ke 55).
]Jadi,tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan Islam, pertamanya, tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak Islam di dadanya, sudah terbinalah negara Islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.
Maaf, sekarang anda semua mungkin membaca kisah keruntuhan akhlak dan moral orang lain. Mungkin kisah anak orang lain. Mungkin kisah kakak atau adik orang lain. Mungkin kisah saudara orang lain. Tetapi kalau hal ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mendengar kisah adik anda sendiri terlibat dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Maaf, saya bukan mendoakan, tetapi ini adalah kenyataan.
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah, Surah 5, ayat 54)
Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Mulakan sekarang juga!! Ya, Sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi!? Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan Islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
Tuesday, February 9, 2010
50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat(sembahyang laju)
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
Saturday, February 6, 2010
last latihan sem 4....
agak lame gak ar aku brehat....dlm 3 bulan...boleh la tumpu sepenuhnya dalam pelajaran....tp masa latihan semalam,memang best ar..kitorang ada pertandingan menembak...
Alhamdulillah....batch kitorang dapat tempat kedua by group...semalam memang kitorang enjoy ar...walaupun agak keletihan...tp semangat dan sokongan padu semua orang,membolehkan pertandingn semalam berjalan dgn lancar...
Kebetulan,semalam jugak ada progran menderma darah dekat KRP...
.macam biasa ar.. ada jer program cam nie...apa lg rebut2 nk pergi...Padahal nk menuang..sajer x nk fitik angkat khemah....hahaha...Tp kitorang derma dgn ikhlas....nasib baik sempat derma darah...Masa 2 dah nk tutup kedai dah...group kitorang yang dast menderma...
Yang paling best semalam adalah hari kena rendam...Biasa ar...hari last training..memang comfirm kena...memang kotor giler ar semalam...lepas jer kena rendam...kena side roll plak..hahaha...habis 1 badan jd kotor....Biasa la...bukan senang nk jadi senang...setakat 2 dulu kot tok kali nie....wasalm...
