__AHLan WAsaHLan__

Saturday, December 31, 2011

Wahai Pemuda: Generasi kita sangat istimewa

Aku selalu dengar, kata-kata seperti…

“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”

Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! (okay tak sihat)

Ada plak yang kata….

“Korang ingat korang matang sangat ke kat FB dan Blog untuk mengatakan orang lain tidak matang? Korang punya pengetahuan dan pengalaman tu terlalu cetek!”


Aku punya respond…. Tiada manusia yang mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman seorang individu melainkan jika dia memang mengenalinya dengan mendalam…. Rasulullah dan Omar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Omar, iaitu Ibnu Abbas….

Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Omar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya

Aku masih lagi seorang pemuda. Alhamdulillah… Dan atas sebab tu aku sangat meyakini bahawa masa depan dunia ini terletak di tangan pemuda pada masa sekarang, seperti yang dikatakan oleh sadina Ali:

“Kalau engkau ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”

Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Constantinople pada umur 21 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?

Umar Abdul Aziz mula menjadi seorang gabenor Madinah pada usia 23 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?

Malahan pernah suatu hari Omar menyuruh untuk para sahabat ‘bermimpi’…. Maka ada yang mengatakan aku bermimpi untuk mempunyai emas yang setinggi gunung, supaya boleh menginfakkan kepada Allah, ada pula yang mengimpikan berlian

Tetapi Omar mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal dan Salim hamba Huzaifah, supaya beliau dapat menggunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah!

Wahai Pemuda

Generasi pemuda zaman kini sangat berbeza daripada zaman dahulu, malahan sangat berbeza dengan generasi pemuda 10 tahun dahulu… Kenapa? Kerana sekarang ini zaman teknologi maklumat, golongan pemuda kini mampu mengetahui isu-isu semasa dalam dan luar negara, dari isu politik, ekonomi sehingga isu-isu agama, dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, iaitu bermain FB…

Golongan pemuda kini juga mampu memiliki segala cabang ilmu dari hujung-hujung jari mereka, sebut sahaja inginkan ilmu berkaitan jantung? Ataupun inginkan ilmu berkaitan kereta hybrid? Ataupun inginkan ilmu berkaitan beza antara insurans dan takaful? Ataupun inginkan dalil-dalil untuk apa-apa sahaja amalan daripada dalil bacaan solat sehinggalah dalil hudud, semuanya boleh dijumpai di internet

Jika dahulu antara ciri-ciri yang menjadikan ISHAB power adalah kerana dia menyaksikan pelbagai saat-saat bersejarah di zamannya… Hakikatnya zaman kini mampu melahirkan ribuan malahan jutaan pemuda yang mempunyai ciri tersebut…. Berapa ribu atau jutaan pemuda seluruh dunia yang menyaksikan saat-saat jatuhnya Hosni Mubarak secara live? Berapa ribu atau jutaan pemuda yang menyaksikan kejadian Mavi Marmara yang direkod ketika kejadian itu berlaku? Berapa ribu atau jutaan pemuda zaman sekaran yang sudah mula memahami korupsi yang berlaku di dalam dan luar negara? Yang menyaksikan bagaimana ulama-ulama dalam dan luar negara berbeza pendapat? Yang menyaksikan Palestin diterima masuk Unesco yang hanya berakhir dengan dipercepatkan penjajahan tanah Israel kepada Palestin!!??

Adakah golongan dewasa zaman sekarang mendapat nikmat sebegitu pada zaman mereka masih seorang pemuda?

Tidak… Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat ini….

Zaman sekarang ini seorang individu mampu untuk menggegarkan dan menyampaikan mesej kepada seluruh negara sehingga membuka mata semua orang… Dan pemuda adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang ‘jernih’, yang mampu untuk menilai semua perkara dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk, tanpa begitu ‘bias’ kepada satu-satu pihak… kerana kita masih muda, dan tidak dicemari dengan pengalaman-pengalaman pahit yang besar….

Wahai Pemuda

Kitalah generasi yang akan memimpin dunia pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan pada pemimpin maka ubahlah diri kita supaya kita akan menjadi pemimpin pada masa hadapan se’ideal’ yang kita harapkan sekarang….

Jika kita harapkan pada masa hadapan ekonomi Islam akan kembali, maka kaji dan sebarkanlah kefahaman ekonomi Islam itu kepada member-member kita dan adik-adik kita dari sekarang lagi, semoga dengan itu dalam 30 tahun lagi semua masyarakat yang menjadi ‘key player’ pada masa itu memahami konsep ekonomi Islam yang sebenarnya

Jika kita harapkan Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam… Maka marilah kita mentarbiyah kawan-kawan kita zaman sekarang dengan tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya…. Dengan akhlaq Al-Quran, dengan ibadah Rasulullah, dengan aqidah Allah dan Akhirat… semoga dengan itu apabila pemuda-pemuda sekarang menjadi ibu bapa, maka mereka akan menanam tarbiyah yang sama malahan lebih baik lagi kepada anak-anak mereka

Dan akhirnya generasi selepas kitalah yang akan menjadi generasi yang dipenuhi dengan rijal-rijal Islam sejak kecil lagi…. Yang menjadi generasi yang bermimpikan untuk membuka Rom Barat sejak umur 6 tahun lagi… Yang menjadi hafiz pada usia semuda 10 tahun, Yang akan menggegarkan negara dan dunia dengan kebenaran Islam pada usia belasan tahun…

Dan pada ketika itu kitalah yang akan menjadi syeikh-syeikh kepada mereka… Maka bersiapkanlah diri kita untuk menjadi pembangkit semangat, menjadi tempat rujukan ilmu, dan menjadi penyokong tempat mereka mengadu jika mereka ditimpa ujian….

Diharapkan post ini dapat menyedarkan semua pemuda….

Cukup-cukuplah main game, cukup-cukuplah tengok cerita korea, cukup-cukuplah meluangkan masa untuk benda-benda yang tidak berfaedah

Kerana kita sepatutnya sedar bahawa masa depan dunia berada ‘di tangan’ kita (dengan izin Allah)…. Dan kita sepatutnya sedar bahawa kita perlu mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, masa di mana kita akan menjadi pemimpin dan rujukan kepada orang-orang yang lebih muda daripada kita

Dakwah ini sya’bun (rumit) tapi hasilnya tsabit (tetap)
Dakwah ini thawil (panjang) tapi hasilnya ashil (asli)
Dakwah ini bathi’ (lambat) tapi hasilnya ma’mun (terjamin)

Wahai Pemuda, kita adalah generasi pemuda yang baru, sangat istimewa dan berkelebihan berbanding generasi-generasi pemuda sebelum kita

p/s: gembira dengan perubahan sambutan tahun baru di Malaysia, dihadiri 70,000 orang pemuda, untuk mendengar ceramah sambil menyambut tahun baru


source: http://dakwat.org/?p=381&fb_source=message

Friday, December 30, 2011

24 jam tidak cukup??

Terasa masa sudah berlari jauh meninggalkan kita, yang tercungap-cungap mengejar. Ya, kita bersyukur Allah mempertemukan kita dengan jalan tarbiyyah & dakwah ketika masih di usia yang muda, ketika masih di alam siswa, ketika masih belum berdua. Namun, dalam kesyukuran itu, dalam kemanisan itu, dalam semangat yang membara itu, kadangkala termengah-mengah juga! Rasa tak cukup 24 jam sehari. Rasa tak cukup 7 hari seminggu. Maka banyaklah hak-hak yang tidak tertunai, perkara yang tidak selesai, ukhuwah yang terabai. Astaghfirullah……..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dlm kerugian.” (Surah Al-Asr : 1-2)

.

Macam mana ni ?
Haarithun ala Waqtihi (menjaga waktu) ?
Munazzamun fi syu’unihi (tersusun urusannya) ?
… muwasofat tarbiyyah ~ banyak yang masih tinggal teori.

Tidak dapat tidak, kita WAJIB menyusun masa. Kita sedar kita bukan lagi mangsa keadaan. Kita tahu dakwah ini bukan satu hobi masa lapang, tapi perkara yang kita perlu melapangkan masa untuknya. Atas kefahaman itu, hidup ini kita perlu atur semula!

.

1. Pentingkan apa yang penting
Ikhwah akhawat, dipersilakan TULIS segala apa perkara yang perlu dilaksanakan (buat usrah, call emak, hantar assignment, beli tiket), kemudian susun atau nomborkan ikut keutamaan. Jika kita mengharapkan daya ingatan sahaja, bimbangnya akan terlupa, selain tidak disusun keutamaannya. Tulislah di tempat yang mudah untuk kita rujuk. Nak hebat lagi… boleh buat begini:

.

2. STUDY WELL on weekdays.
Kita senantiasa ternanti-nanti hujung minggu, itulah saatnya pertemuan yang membahagiakan bersama teman seperjuangan, menjalin ukhuwah, ziarah, mendengar pengisian yang membasahkan jiwa, buat bekalan menempuh cabaran. Kita tidak suka ketinggalan dengan program-program islami yang kita sedia maklum, berlangsung dalam weekend. Maka, manfaatkanlah sebaik-baiknya weekdays. Sesibuk mana pun, kita wajib memperuntukkan masa study paling minima 1 jam sehari semasa weekdays, kerana kita sedar kita tidak punya weekend.

.

3. Quality time
Apabila bersama insan yang dikasihi, manfaatkanlah masa sebaiknya.
Ketika bersama ibu bapa, bahagiakanlah mereka, biarlah mereka sungguh-sungguh merasai kehadiran kita – sembang dgn mereka, ringankan kerja mereka, berikan layanan khas, moga mereka merasa mereka sangat istimewa ketika bersama kita. Ibu bapa adalah yang paling berhak kita muliakan, selepas Allah & RasulNya. Janganlah ketika berada di rumah, kita sekadar buat hal sendiri.

Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain dan sahabat-sahabat yang kita sayangi. Gembirakanlah hati mereka dengan apa carapun ketika Allah merezekikan masa untuk kita bersama mereka. Sesungguhnya mereka telah banyak berkorban untuk kita, bersabar dengan kita, membahagiakan kita. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Maka layanilah mereka sebaiknya, muliakan, sokong dan bantu mereka, berikan hadiah dan penghargaan.

Semua ini, dengan izin Allah akan meninggalkan bekas di hati dan memekarkan ukhuwah, melembutkan hati, mencipta kenangan yang manis dan harum, walaupun semasa berjauhan atau ketiadaan kita.

.

4. Dakwah Fardiyyah
Sekiranya bersama mad’u, ucapkanlah kata-kata yang baik, bantulah keperluannya & kehendaknya seberapa daya kita, kerana Allah Taala. Ingatilah apa yang disukainya dan apa yang dibencinya. Raikan kejayaannya. Dakwah Fardiyyah TIDAK bermakna kita perlu bersamanya all the time, but it’s about being there at the right time and doing the right thing. Semoga Allah memberi kita pertolongan dan petunjuk dalam melaksanakannya.

.

5. Jangan bertangguh
Benar, ada 1 bulan lagi sebelum assignment itu perlu dihantar. Namun, kita beriman dengan sabda Rasulullah “Jagalah 5 perkara sebelum 5 perkara… lapang sebelum sempit.” Justeru, apakah yang menghalang kita dari memulakannya seawal mungkin? Siapa tahu apa akan berlaku 3 hari sebelum tempoh 1 bulan itu tamat? Kita tidak mahu ketinggalan dalam program islami yang best, atau tidak datang usrah, atau tidak hadir ke majlis keluarga yang tiba-tiba muncul, hanya kerana kelam-kabut, tarik rambut, menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan oleh pensyarah …hakikatnya 1 bulan yang lalu.

.

6. Study smart
Fokus semasa kuliah. Focus, cofus, sufoc. Jangan berangan, jangan tidur. Menumpukan perhatian semasa lecture akan sangat-sangat-sangat menjimatkan masa study kita.
Apabila belajar, rujuklah silibus. Di zaman universiti, ilmu Allah yang terbentang di hadapan kita dalam kitab-kitab bagaikan laut. Untuk membaca sahaja kesemuanya, kita tidak mampu. Nanti seolahnya meraba dalam terang. Maka rujuklah silibus dan objektif pembelajaran, agar kita tahu mana yang penting dan mana yang tidak. Semoga jangan ada di antara kita yang tidak pernah membukanya. Rancanglah kalendar belajar kita – contohnya, ada 21 topik dan ada 60 hari sebelum peperiksaan. Kalau perlu study group, silakanlah.

.

7. Mesyuarat yang efektif
Agenda dakwah & tarbiyyah yang banyak memerlukan kita untuk selalu berbincang, qadhaya, merancang dan up-to-date. Kalau tidak dirancang, bisa saja mesyuarat kita lama dan berjela-jela, tetapi tanpa keputusan dan hasil yang jelas. Sebaiknya, pengerusi majlis menyenaraikan agenda mesyuarat awal-awal, maklumkan kepada semua yang terlibat sebelum tiba harinya. Ia sangat penting supaya semua ahli tidak datang ke mesyuarat dengan fikiran yang kosong, tetapi datang bersama muhasabah, isi penting dan idea-idea yang telah difikirkan. Hanya menanti untuk dibincangkan dan diputuskan bersama. Ia memerlukan komitmen semua ahli untuk berfikir terlebih dahulu, namun, bukankah kita ini daie yang telah mewakafkan diri untuk Islam?

.

8. Jaga hubungan dengan Allah
Barakah (berkat) itu tidak dapat dipegang dengan tangan, dilihat dengan mata, diukur dengan pembaris. Allah akan mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka mohonlah kepada Allah, dikurniakan barakah dalam hidup kita, pada masa kita dan usaha kita. Jikalau berkat, apa yang sedikit itu akan tetap mencukupi. Apa yang singkat itu akan tetap memadai. Apa yang susah itu akan tetap tenang di jiwa.

.

Kita adalah muslim. Kita beriman dengan hadith ini..

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan pada segala sesuatu..” (hadith riwayat muslim)

Dalam apa jua yang kita laksanakan, kita harus berusaha untuk ihsan. Ihsan – beribadah seolahnya melihat Allah, dan menyedari bahawa Allah melihat kita, merasakan kehadiran Allah, menyedari pengawasan Allah. Maknanya….. kita akan buat semua perkara dengan sehabis baik, sesempurna mungkin. Tidak mungkin kita sambil lewa. Moga dengan ini, Allah akan redha.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Tawbah: ayat 105)


Sumber: http://muharikah.com/archives/3369/
.

Sunday, December 25, 2011

Mukhayyam di Mersing (24-25/12/11)


Assalamualaikum...


Setiap diri seseorang itu pasti ingin merasakan kehidupan mereka sentiasa disinari cahaya keimanan dan ketaqwaan ..Namun, di sebalik untuk mencari jalan yang kita inginkan dan akan membawa kita kepada cahaya itu, pastinya akan terhalang dengan kerakusan nafsu kita sendiri..Ditambah pula dengan rapuhnya iman kita ibarat serapuh arang..nipisnya iman kita ibarat senipis kulit bawang.......Namun, kita sentiasa untuk mencuba dan terus mencuba walaupun laluan yang kita tempuhi itu agak sukar untuk kita lalui...

"....Program MUKHAYYAM...."

itulah laluan yang perlu ana lalui supaya diri ana sentiasa berada pada jalan yang betul-betul yang membawa kepada sinar keimanan dan ketaqwaan dan seterusnya dalam menegakkan syariat islam yang sebenar...


Program yang diadakan di Mersing ini benar-benar mencabar dari segi mental dan juga fizikal selain menguji tahap keimanan setiap ukhwah bagi setiap kumpulan......Terima kasih kepada seorang akh benar2 ingin ana join program ini..Walaupun hanya 2 hari perjalanan program, namun, program ini nyata memberikan input yang sangt3 berguna terutamanya kepada ana sendiri...


Sebenarnya program ini lebih kepada aktiviti outdoor yang menguji tahap kesabaran kita...Tibanya di Bandar Mersing, kami telah diturunkan dari kereta di suatu tempat di bandar..Dan di situlah bermulanya program ini di mana kami ditugaskan untuk mencari check point yang telah ditetapkan...

sETiap KumPuLan telah diturunkan di tempat yang berbeza...Di situlah bermulanya aktiviti yang lebih kurang explorace di mana kami perlu mencari check poit yang seterusnya..Setiap check point akan ada soalan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkan klu untuk check point yang berikut....


Waktu petang, kami teruskan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu kami perlu berjalan beramai2 sejauh 10 km untuk mencari destinasi yang dituju..dalam perjalanan, akan ada check point yang perlu dilaui...Begitulah seterusnya sehingga kami tiba di tempat destinasi lebih kurang pukul 9 malam...



Kalau nak diceritakan, memang panjang, tp secara ringkasnya, banyak benda yang telah ana dapat sepanjang program ini...terutamanya dari segi nilai ukhwah itu sendiri...


Sabda Rsulullah S.A.W:


'' Tidak Sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri"


Hadis di atas jelas menggambarkan bahawa walau sekuat mana pun kita beribadat tanpa menghiraukan orang sekeliling, ibadat kita x ada makna jgak...Sebab itulah kita kena sentiasa bertegur sapa, saling ingat -mengingati sesama saudara kita..



Itulah yang sering diingatkan kepada ikhwah2 dalam program ini...Hadis ini sudah cukup untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita...InsyaAllah...


















Wsalam....