Aku selalu dengar, kata-kata seperti…
“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! (okay tak sihat)
Ada plak yang kata….
“Korang ingat korang matang sangat ke kat FB dan Blog untuk mengatakan orang lain tidak matang? Korang punya pengetahuan dan pengalaman tu terlalu cetek!”
Aku punya respond…. Tiada manusia yang mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman seorang individu melainkan jika dia memang mengenalinya dengan mendalam…. Rasulullah dan Omar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Omar, iaitu Ibnu Abbas….
Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Omar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya
Aku masih lagi seorang pemuda. Alhamdulillah… Dan atas sebab tu aku sangat meyakini bahawa masa depan dunia ini terletak di tangan pemuda pada masa sekarang, seperti yang dikatakan oleh sadina Ali:
“Kalau engkau ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”
Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Constantinople pada umur 21 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?
Umar Abdul Aziz mula menjadi seorang gabenor Madinah pada usia 23 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?
Malahan pernah suatu hari Omar menyuruh untuk para sahabat ‘bermimpi’…. Maka ada yang mengatakan aku bermimpi untuk mempunyai emas yang setinggi gunung, supaya boleh menginfakkan kepada Allah, ada pula yang mengimpikan berlian
Tetapi Omar mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal dan Salim hamba Huzaifah, supaya beliau dapat menggunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah!
Wahai Pemuda
Generasi pemuda zaman kini sangat berbeza daripada zaman dahulu, malahan sangat berbeza dengan generasi pemuda 10 tahun dahulu… Kenapa? Kerana sekarang ini zaman teknologi maklumat, golongan pemuda kini mampu mengetahui isu-isu semasa dalam dan luar negara, dari isu politik, ekonomi sehingga isu-isu agama, dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, iaitu bermain FB…
Golongan pemuda kini juga mampu memiliki segala cabang ilmu dari hujung-hujung jari mereka, sebut sahaja inginkan ilmu berkaitan jantung? Ataupun inginkan ilmu berkaitan kereta hybrid? Ataupun inginkan ilmu berkaitan beza antara insurans dan takaful? Ataupun inginkan dalil-dalil untuk apa-apa sahaja amalan daripada dalil bacaan solat sehinggalah dalil hudud, semuanya boleh dijumpai di internet
Jika dahulu antara ciri-ciri yang menjadikan ISHAB power adalah kerana dia menyaksikan pelbagai saat-saat bersejarah di zamannya… Hakikatnya zaman kini mampu melahirkan ribuan malahan jutaan pemuda yang mempunyai ciri tersebut…. Berapa ribu atau jutaan pemuda seluruh dunia yang menyaksikan saat-saat jatuhnya Hosni Mubarak secara live? Berapa ribu atau jutaan pemuda yang menyaksikan kejadian Mavi Marmara yang direkod ketika kejadian itu berlaku? Berapa ribu atau jutaan pemuda zaman sekaran yang sudah mula memahami korupsi yang berlaku di dalam dan luar negara? Yang menyaksikan bagaimana ulama-ulama dalam dan luar negara berbeza pendapat? Yang menyaksikan Palestin diterima masuk Unesco yang hanya berakhir dengan dipercepatkan penjajahan tanah Israel kepada Palestin!!??
Adakah golongan dewasa zaman sekarang mendapat nikmat sebegitu pada zaman mereka masih seorang pemuda?
Tidak… Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat ini….
Zaman sekarang ini seorang individu mampu untuk menggegarkan dan menyampaikan mesej kepada seluruh negara sehingga membuka mata semua orang… Dan pemuda adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang ‘jernih’, yang mampu untuk menilai semua perkara dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk, tanpa begitu ‘bias’ kepada satu-satu pihak… kerana kita masih muda, dan tidak dicemari dengan pengalaman-pengalaman pahit yang besar….
Wahai Pemuda
Kitalah generasi yang akan memimpin dunia pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan pada pemimpin maka ubahlah diri kita supaya kita akan menjadi pemimpin pada masa hadapan se’ideal’ yang kita harapkan sekarang….
Jika kita harapkan pada masa hadapan ekonomi Islam akan kembali, maka kaji dan sebarkanlah kefahaman ekonomi Islam itu kepada member-member kita dan adik-adik kita dari sekarang lagi, semoga dengan itu dalam 30 tahun lagi semua masyarakat yang menjadi ‘key player’ pada masa itu memahami konsep ekonomi Islam yang sebenarnya
Jika kita harapkan Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam… Maka marilah kita mentarbiyah kawan-kawan kita zaman sekarang dengan tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya…. Dengan akhlaq Al-Quran, dengan ibadah Rasulullah, dengan aqidah Allah dan Akhirat… semoga dengan itu apabila pemuda-pemuda sekarang menjadi ibu bapa, maka mereka akan menanam tarbiyah yang sama malahan lebih baik lagi kepada anak-anak mereka
Dan akhirnya generasi selepas kitalah yang akan menjadi generasi yang dipenuhi dengan rijal-rijal Islam sejak kecil lagi…. Yang menjadi generasi yang bermimpikan untuk membuka Rom Barat sejak umur 6 tahun lagi… Yang menjadi hafiz pada usia semuda 10 tahun, Yang akan menggegarkan negara dan dunia dengan kebenaran Islam pada usia belasan tahun…
Dan pada ketika itu kitalah yang akan menjadi syeikh-syeikh kepada mereka… Maka bersiapkanlah diri kita untuk menjadi pembangkit semangat, menjadi tempat rujukan ilmu, dan menjadi penyokong tempat mereka mengadu jika mereka ditimpa ujian….
Diharapkan post ini dapat menyedarkan semua pemuda….
Cukup-cukuplah main game, cukup-cukuplah tengok cerita korea, cukup-cukuplah meluangkan masa untuk benda-benda yang tidak berfaedah
Kerana kita sepatutnya sedar bahawa masa depan dunia berada ‘di tangan’ kita (dengan izin Allah)…. Dan kita sepatutnya sedar bahawa kita perlu mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, masa di mana kita akan menjadi pemimpin dan rujukan kepada orang-orang yang lebih muda daripada kita
Dakwah ini sya’bun (rumit) tapi hasilnya tsabit (tetap)
Dakwah ini thawil (panjang) tapi hasilnya ashil (asli)
Dakwah ini bathi’ (lambat) tapi hasilnya ma’mun (terjamin)
Wahai Pemuda, kita adalah generasi pemuda yang baru, sangat istimewa dan berkelebihan berbanding generasi-generasi pemuda sebelum kita
p/s: gembira dengan perubahan sambutan tahun baru di Malaysia, dihadiri 70,000 orang pemuda, untuk mendengar ceramah sambil menyambut tahun baru
source: http://dakwat.org/?p=381&fb_source=message
No comments:
Post a Comment