__AHLan WAsaHLan__

Sunday, December 25, 2011

Mukhayyam di Mersing (24-25/12/11)


Assalamualaikum...


Setiap diri seseorang itu pasti ingin merasakan kehidupan mereka sentiasa disinari cahaya keimanan dan ketaqwaan ..Namun, di sebalik untuk mencari jalan yang kita inginkan dan akan membawa kita kepada cahaya itu, pastinya akan terhalang dengan kerakusan nafsu kita sendiri..Ditambah pula dengan rapuhnya iman kita ibarat serapuh arang..nipisnya iman kita ibarat senipis kulit bawang.......Namun, kita sentiasa untuk mencuba dan terus mencuba walaupun laluan yang kita tempuhi itu agak sukar untuk kita lalui...

"....Program MUKHAYYAM...."

itulah laluan yang perlu ana lalui supaya diri ana sentiasa berada pada jalan yang betul-betul yang membawa kepada sinar keimanan dan ketaqwaan dan seterusnya dalam menegakkan syariat islam yang sebenar...


Program yang diadakan di Mersing ini benar-benar mencabar dari segi mental dan juga fizikal selain menguji tahap keimanan setiap ukhwah bagi setiap kumpulan......Terima kasih kepada seorang akh benar2 ingin ana join program ini..Walaupun hanya 2 hari perjalanan program, namun, program ini nyata memberikan input yang sangt3 berguna terutamanya kepada ana sendiri...


Sebenarnya program ini lebih kepada aktiviti outdoor yang menguji tahap kesabaran kita...Tibanya di Bandar Mersing, kami telah diturunkan dari kereta di suatu tempat di bandar..Dan di situlah bermulanya program ini di mana kami ditugaskan untuk mencari check point yang telah ditetapkan...

sETiap KumPuLan telah diturunkan di tempat yang berbeza...Di situlah bermulanya aktiviti yang lebih kurang explorace di mana kami perlu mencari check poit yang seterusnya..Setiap check point akan ada soalan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkan klu untuk check point yang berikut....


Waktu petang, kami teruskan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu kami perlu berjalan beramai2 sejauh 10 km untuk mencari destinasi yang dituju..dalam perjalanan, akan ada check point yang perlu dilaui...Begitulah seterusnya sehingga kami tiba di tempat destinasi lebih kurang pukul 9 malam...



Kalau nak diceritakan, memang panjang, tp secara ringkasnya, banyak benda yang telah ana dapat sepanjang program ini...terutamanya dari segi nilai ukhwah itu sendiri...


Sabda Rsulullah S.A.W:


'' Tidak Sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri"


Hadis di atas jelas menggambarkan bahawa walau sekuat mana pun kita beribadat tanpa menghiraukan orang sekeliling, ibadat kita x ada makna jgak...Sebab itulah kita kena sentiasa bertegur sapa, saling ingat -mengingati sesama saudara kita..



Itulah yang sering diingatkan kepada ikhwah2 dalam program ini...Hadis ini sudah cukup untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita...InsyaAllah...


















Wsalam....

No comments:

Post a Comment