__AHLan WAsaHLan__

Monday, March 14, 2011

Tragedi Chernobyl Berulang Di Jepun?

Musnah ... Minamisanriku


Kebocoran RADIASI mencetuskan panik hari ini selepas sebuah letupan besar di sebuah stesen tenaga nuklear mengancam bencana kedua selepas tsunami dan gempa semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 574 penduduk Jepun terkorban.

Ribuan lebih dikhuatiri tewas - hampir 10,000 penduduk masih belum ditemui untuk setiap bandar.

Kerajaan Jepun telah mengesahkan hari ini bahawa pegawai bertugas sedang berusaha untuk mencegah bencana krisis nuklear ini dan penduduk tempatan diingatkan untuk terus berada di dalam rumah dan elakkan daripada meminum air paip.

Mereka diperintahkan untuk menutup wajah mereka dengan topeng dan tuala basah apabila berada di luar ketika sebuah rakaman mengejutkan muncul menunjukkan gumpalan asap keluar dari bangunan reaktor yang meletup.

Di bandar utara Jepun, Minamisanriku 9,500 orang masih hilang.

Musnah ... sebuah helikopter mendarat di Minamisanriku.



Kemusnahan yang sangat teruk itu menyebabkan anggota penyelamat yang turun dari helikopter mendarat dan dikelilingi oleh air berwarna coklat keruh, penuh dengan sampah runtuhan dan bangunan rosak sama sekali.

Perdana Menteri Naoto Kan meyifatkan ia "bencana nasional yang belum pernah terjadi sebelum ini" sambil meminta semua rakyat bertenang ketika saintis nuklear menggunakan air laut yang dicampur dengan asid borik ke dalam ruangan reaktor di Fukushima Daiichi untuk mengelakkan menjadi "kritikal".

Sebelum itu kerajaan Jepun mengatakan kepada pegawai atom PBB mereka sedang bersiap sedia untuk mengedar iodin kepada orang ramai yang tinggal berdekatan loji kuasa tenaga nuklear untuk menyekat kesan pendedahan radiasi.



Meletup ... berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi kerana gempa bumi dan tsunami.



Beberapa pekerja mengalami kecederaan dan tiga lagi mengalami pendedahan radiasi dalam letupan itu ketika mereka berusaha membaiki kerosakan pada reaktor yang lumpuh itu.

Ledakan besar yang memusnahkan bangunan, hanya meninggalkan sisa rangka logam dan asap yang keluar daripada kawasan letupan - bagaimanapun agensi nuklear Jepun tidak dapat mengesahkan berapa banyak radiasi lepas di atmosfera atau berapa panas reaktor itu.

Sebahagian besar 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya telah dievakuasi kerana radiasi di dalam bilik kawalan dikatakan 1,000 KALI lebih bahaya berbanding tahap normal.


Sebuah zon eksklusi tambahan 12-batu telah ditambah manakala tekanan di dalam reaktor yang bertambah sehingga dua kali berbanding kadar normal menyebabkan para pegawai terpaksa melepaskan "wap radioaktif".

Pakar nuklear Russia Yaroslov Shtrombakh berkata krisis Chernobyl tidak akan berulang di sini.

"Ini bukan satu tindak balas yang cepat seperti di Chernobyl," katanya.

"Saya rasa semuanya akan berada di dasar, dan tidak akan berlaku bencana besar."



Bocor ... kerajaan Jepun telah mengesahkan bencana radioaktif.



Pada tahun 1986, reaktor nuklear Chernobyl meletup dan terbakar, menyebabkan awan radiasi tersebar ke sebahagian besar Eropah.

No comments:

Post a Comment