__AHLan WAsaHLan__

Friday, August 30, 2013

Melawan Bisikan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, sempat juga aku mengisi masa lapang aku untuk membaca majalah Solusi isu 49. Walaupun majalah ini mungkin dah lama dipublish, tapi apa yang menarik untuk aku membacanya adalah mengenai kehidupan kita yang sering kali terganggu dengan hasutan dan bisikan syaitan.

Ya Betul.Syaitan adalah musuh kita yang nyata. Mungkin kita ingat lagi, firman Allah yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat: 'Sujudlah kepada Adam.' Lalu semua sujud kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, maka jadilah ia daripada golongan yang kafir.'' 
(Surah al-Baqarah 2:34)

Begitulah, sejak terciptanya Nabi Adam, itulah detik-detik permulaan permusuhan syaitan terhadap manusia.Sejak daripada itu, syaitan berjanji akan menyesatkan seluruh anak cucu Nabi Adam sehingga berlakunya kiamat.

Malangnya, ramai manusia  seringkali rebah seolah2 tidak mampu untuk melawan serangannya. Tambah-tambah lagi, nafsu kita yang sentiasa inginkan nikmat dan kepuasan untuk diri sendiri. Jadi, untuk melawan bisikan syaitan, beberapa langkah mungkin kita boleh ambil supaya kita terus bermujahadah dan istiqamah terutamanya dalam usaha untuk mencari RedhaNya.Antaranya adalah:

1- Ambil tahu segala tipu daya syaitan....Ilmu umpama cahaya dan cahaya sebenarnya mampu untuk menyulu taktik musuh yang tidak kelihatan iaitu syaitan.. Apabila semua taktik dan strateginya telah diketahui (dengan suluhan ilmu), maka syaitan akan tertekan dan "lari" bertempiara sepertimana pencuri yang akan melarikan diri apabila kehadirannya disedari oleh tuan rumah

2- Abaikan pujukan syaitan....Bagi seseorang yang lemah imannya, mungkin susah untuk menghindari pujukan dan rayuan syaitan. Tetapi, sekiranya istiqamah, I.Allah, kita mampu untuk mengatasinya. Jangan sesekali memberi perhatian, melayan dan menghiraukan pujukannya.

3- Tingkatkan zikir lidah dan hati...Dengan zikrullah, syaitan akan berasa sakit. Hati yang dibajai dengan zikrullah umpama cahaya yang menerangi alam..Tetapi hati yang mati tanpa zikrullah seumpama ikan yang ketandusan air

Imam Ghazali ada menggambarkan syaitan umpama haiwan yang menguntik belalainya ke dalam hati. Apabila seseorang itu berzikir, maka syaitan akan menarik belaliannya dan terus melarikan diri.

Ia juga umpama lalat yang menghurung kudis. Sekali ia dihalau ia akan pergi, tetapi kemudian datang lagi. Maka begitulah syaitan, ia mesti dihalau berulang kali dengan mengulang-ulang zikir kepada Allah.




Wassalam

No comments:

Post a Comment