__AHLan WAsaHLan__

Sunday, August 25, 2013

MESIR : PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM DITERAPKAN


Jutaan manusia membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah pada 30 Jun lalu, genap setahun Mohammed Mursi menjadi presiden Mesir. Jika dulu Dataran Tahrir menyaksikan kebangkitan rakyat menolak si diktator ejen Amerika, Husni Mubarak, kini rakyat Mesir kembali semula ke dataran bersejarah tersebut untuk menuntut penggulingan Mursi.Pada 1 Julai lepas, ketua tentera Mesirmemberi masa 48 jam kepada Presiden Mohammed Mursi untuk menjawab tuntutan rakyat atau pihak tentera akan menggunakan cara tersendiri untuk menangani masalah yang wujud. Setakat ini dilaporkan bahawa seramai 16 orang terkorban dan lebih 780 orang lagi cedera apabila tercetus pertempuran antara penentang Mursi dan penyokongnya dalam demonstrasi besar-besaran bagi mendesak beliau meletakkan jawatan.Pertempuran itu berlaku selepas sejumlah penunjuk perasaan bertindak menyerang ibu pejabat Ikhwanul Muslimin, yang merupakan pergerakan dipimpin Mursi, di Kaherah ketika demonstrasi utama diadakan di Dataran Tahrir. 

Kekecohan itu diburukkan lagi apabila empat menteri yang masing-masing memegang portfolio pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan hal ehwal perundangan meletak jawatan. Dalam masa yang sama, seramai lapan anggota Parlimen daripada kumpulan berfahaman sekular, turut meletakkan jawatan dalam Majlis Syura, Dewan Tinggi Parlimen Mesir. Pembangkang Mesir dikenali sebagai pergerakan Tamarrud yang mengetuai demonstrasi itu memberi Mursitempoh 24 jam untuk melepaskan jawatan.Jika Presiden Mesir itu tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, Tamarrudmengancam meningkatkan kempen kekacauan dan huru-hara.

Buah Tangan Demokrasi

Notis 24 jam yang diberikan oleh tentera sebenarnya mengesahkan bahawa rejim yang lama masih berkuasa dan menguasai Mesir. Kejadian yang sedang berlaku ini menunjukkan yang tentera (yang rata-ratanya masih terdiri daripada penyokong setia rejim Mubarak) cenderung untuk mengambil alih semula kekuasaan. Tentera Mesir yang masih mempunyai hubungi erat dengan Amerika tentunya tidak akan peduli dengan proses demokrasi apabila kepentingan mereka terjejas. 

Apa yang terjadi ini juga membuktikan bahawa gerakan Islam dan para penyokongnya yang terlibat di dalam proses demokrasi melalui pilihan raya legislatif dan pilihan raya presiden, dengan anggapan bahawa Islam boleh diterapkan di Mesir melalui cara ini, sesungguhnya telah terjerumus ke dalam kesilapan yang besar. Ini kerana, mereka telah menundukkan Islam dengan realiti danhasilnya membawa malapetaka kepada diri sendiri. Demokrasi yang diambil, yang merupakan senjata ampuh Barat, ternyata telah menyebabkan mereka berperang sesama sendiri. Para penyokong demokrasi yang inginkan Islam, tidak sedar bahawa Pemerintah Mesir yang didukung oleh Barat tidak akan sekali-kali menerapkan Islam. Mana mungkin Islam diterapkan dalam sistem demokrasi kerana ia adalah sistem kufur yang bertentangan dengan Islam. Apatah lagi dengan para pemimpin yang berkiblatkan Barat, sudah tentu hal ini (penerapan Islam) mustahil terjadi.

Inilah realiti yang terjadi di Mesir. Gerakan Islam yang memenangi pilihan raya telahtidak menerapkan Islam, sebaliknya mengekalkan segala undang-undang dan elemen-elemen sekular yang sedia ada. Mereka mengambil demokrasi (yang diredai oleh Barat) sebagai sistem pemerintahan, mereka mengesahkan dan mengekalkan perlembagaan sekular dengan hanya sedikit pindaan untuk menunjukkannya Islam. Mereka berjanji untuk menjaga perjanjian antarabangsa yang melindungi entiti Yahudi. Mereka juga mengekalkan institusi ketenteraan dengan segala kuasa dan kepentingan ekonomi yang besar di bawah cengkaman tentera, walhal tentera inilah yang dahulunya membunuh ribuan rakyat yang bangkit, tanpa belas kasihan. Mereka membiarkan penjenayah ini tanpa dihukum, malah berapa ramai daripada penjahat rejim yang lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa dibicarakan. 

Mereka menjadikan Amerika sebagai sekutu nombor satu dan bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan Amerika terhadap perlindungan ke atas Israel. Mereka juga bersetuju dan membantu melaksanakan polisi Amerika terhadap Syria. Mereka mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Russia, India dan China dan memuji hubungan baik yang dijalinkan, walhal negara-negara tersebut merupakan pembunuh kaum Muslimin dan menjadi musuh Islam yang nyata.

Mereka berkawan dan menyerahkan diri mereka kepada Amerika dan meletakkan kepercayaan kepada musuh nombor satu Islam itu. Mereka berpaling belakang daripada Islam dan daripada janji untuk menerapkan syariat yang telah mereka katakan selama ini. Mereka menjadi penyeru utama kepada demokrasi di dunia Arab dan mencampakkan Islam ke tepi. Mereka menjemput IMF ke dalam negara untuk menjajah negara melalui ekonomi, malah mereka mengambil dan membenarkan pengambilan riba. Mereka memanjangkan lagi tempoh lesen arak kelab-kelab malam dan disko-disko kepada tiga tahun, kerana mereka mahu menjadikan suasana malam Kaherah lebih menarik terhadap kaum kuffar. Mereka terus membenarkan para pelakon, penyanyi dan penari yang telah terbukti melanggar syarak dan merosak akhlak untuk meneruskan aktiviti mereka seperti biasa. 

Wahai kaum Muslimin! Kerana mengambil demokrasi yang datangnya dari musuh Allah, manakala hukum Allah tidak diterapkan, maka musuh-musuh Allah berjaya memporak-perandakanumat Islam dengan cukup mudah. Kita semua mahukan kebaikan untuk bumi Mesir dan lain-lain wilayah umat Islam. Namun, tidak akan wujud kebaikan sedikit pun di muka bumi ini kecuali hukum kufur demokrasi dicampakkan dan digantikan dengan hukum-hukum Allah SWT. Hanya penerapan hukum Allah di dalam bingkai Khilafah Islamiyyah sahajalah yang akan membawa perubahan dan kebaikan kepada kita semua. Justeru, tidak akan ada jalan keluar untuk pergolakan yang berlaku dalam tubuhumatIslam mahupun pergolakan yang berlaku dalam negara umat Islam, kecuali umat ini kembali menerapkanIslam di bawah naungan Khilafah.

#Sumber: Mykhilafah.com

No comments:

Post a Comment