__AHLan WAsaHLan__

Monday, April 13, 2015

Doaku bersamamu..

Andainya mampu kuputar waktu
Seribu harapan untukku terus bersama-sama denganmu
Andainya mampu kuputar derita getirmu
Ingin aku menjadi galang gantinya

Duhai ayah,
Dua tahun telah berlalu,
Munajatku akan tetap kuhadapkan kepada-Nya 
Setiap lantunan doa ini kupersembahkan untukmu,
Agar kau sentiasa tenang,
Sentiasa lena dengan tidur panjangmu,
Untuk menemui Sang Pencipta.



Mencari Kesudahan..

Sudah
Menyedari hakikat kita diuji di dunia ini, sebenarnya kita sedang bersama Allah. Allah yang menambah kekuatan bagi mengharungi dugaan ini. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, ia pasti melapangkan jiwa kita.

Memang sukar apabila mereka tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya mereka menuntut supaya kita memahami mereka. Itu adalah lumrah alam.
Tetapi, Allah tidak sedemikian. Allah yang maha memahami. Allah yang maha mengetahui. Allah yang maha mendengar segala rintihan. Allah yang maha memberikan bantuan.

Sudah.
Tenanglah jiwa, damailah hati.
Allah pasti membalas kesabaran ini. Allah ganjarkan keperitan jiwa ini dan Allah bayar semua kesusahan yang kita hadapi. Sekarang kita perlu bersabar dan berusaha menghadapinya. Lantas, cuba menyelesaikan apa sahaja masalah yang mendekati kita.

Andai taat yg kita cari,jauhilah yg haram walau perlu membunuh hati dan carilah yg halal walau pahitnya bagaikan jadam.



Wednesday, January 15, 2014

Dia Mujahidin!!





MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama. ~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~ Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’: “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi: “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah! "Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal ~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~ Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat . 6 Jan 2013 (Ahad) Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu. 7 Jan 2013 (Isnin) Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’ 8 Jan 2013 (Selasa) Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai. 9 Jan 2013 (Rabu) Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara. 10 Jan 2013(Khamis) Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya. Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah. 11 Jan 2013 (Jumaat) Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil. 12 Jan 2013 (Sabtu) Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3. 13 Jan 2013 (Ahad) Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun. Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya. Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’ 14 Jan 2013 (Isnin) Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil. Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH. Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya. 15 Jan 2013 (Selasa) Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN) Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak? Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong. Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih. 16 Jan 2013 (Rabu) Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang. Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu. Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah. Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk. Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak” Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan. Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk. 17 Jan 2013 (Khamis) Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya. Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui. Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu. Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah. Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi. 18 Jan 2013 (Jumaat) Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik. 19 Jan 2013 (sabtu) Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk. Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar. Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi. Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri. Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir 20 Jan2013 (Ahad) Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin. Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=569232859818838&set=a.563709330371191.1073741828.563636503711807&type=1

Friday, August 30, 2013

Melawan Bisikan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, sempat juga aku mengisi masa lapang aku untuk membaca majalah Solusi isu 49. Walaupun majalah ini mungkin dah lama dipublish, tapi apa yang menarik untuk aku membacanya adalah mengenai kehidupan kita yang sering kali terganggu dengan hasutan dan bisikan syaitan.

Ya Betul.Syaitan adalah musuh kita yang nyata. Mungkin kita ingat lagi, firman Allah yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat: 'Sujudlah kepada Adam.' Lalu semua sujud kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, maka jadilah ia daripada golongan yang kafir.'' 
(Surah al-Baqarah 2:34)

Begitulah, sejak terciptanya Nabi Adam, itulah detik-detik permulaan permusuhan syaitan terhadap manusia.Sejak daripada itu, syaitan berjanji akan menyesatkan seluruh anak cucu Nabi Adam sehingga berlakunya kiamat.

Malangnya, ramai manusia  seringkali rebah seolah2 tidak mampu untuk melawan serangannya. Tambah-tambah lagi, nafsu kita yang sentiasa inginkan nikmat dan kepuasan untuk diri sendiri. Jadi, untuk melawan bisikan syaitan, beberapa langkah mungkin kita boleh ambil supaya kita terus bermujahadah dan istiqamah terutamanya dalam usaha untuk mencari RedhaNya.Antaranya adalah:

1- Ambil tahu segala tipu daya syaitan....Ilmu umpama cahaya dan cahaya sebenarnya mampu untuk menyulu taktik musuh yang tidak kelihatan iaitu syaitan.. Apabila semua taktik dan strateginya telah diketahui (dengan suluhan ilmu), maka syaitan akan tertekan dan "lari" bertempiara sepertimana pencuri yang akan melarikan diri apabila kehadirannya disedari oleh tuan rumah

2- Abaikan pujukan syaitan....Bagi seseorang yang lemah imannya, mungkin susah untuk menghindari pujukan dan rayuan syaitan. Tetapi, sekiranya istiqamah, I.Allah, kita mampu untuk mengatasinya. Jangan sesekali memberi perhatian, melayan dan menghiraukan pujukannya.

3- Tingkatkan zikir lidah dan hati...Dengan zikrullah, syaitan akan berasa sakit. Hati yang dibajai dengan zikrullah umpama cahaya yang menerangi alam..Tetapi hati yang mati tanpa zikrullah seumpama ikan yang ketandusan air

Imam Ghazali ada menggambarkan syaitan umpama haiwan yang menguntik belalainya ke dalam hati. Apabila seseorang itu berzikir, maka syaitan akan menarik belaliannya dan terus melarikan diri.

Ia juga umpama lalat yang menghurung kudis. Sekali ia dihalau ia akan pergi, tetapi kemudian datang lagi. Maka begitulah syaitan, ia mesti dihalau berulang kali dengan mengulang-ulang zikir kepada Allah.




Wassalam

Tuesday, August 27, 2013

Jaulah ke Pulau Tioman

****Bismillahirrahmanirrahim***

Alhamdulillah..Plan nk pergi ke Pulau Tioman akhirnya terlaksana..Maklumla..dalam ramai2 kawan Shahir, aku jer yang belum pergi lagi ke Pulau Tioman..Kebetulan, Shahir telah membawa trip budak-budak JKM KTC  ke Pulau Tioman. Jadi secara tak langsung, aku ikut serta bersama-sama dengan mereka. Perkara yang paling menarik mengenai Pulau Tioman ni adalah keindahan dan kecantikan pulaunya..

.Di samping melihat keindahan pulau dan kebiruan lautannya, ia mengingatkan aku betapa indahnya ciptaan dan kekuasaan Allah s.w.t.

.kat bawah ada beberapa gambar yang sempat aku snap.


























Thanks a lot Caeerr for a precious moment...
I.Allah..Tioman, We'll meet again soon..mugkin untuk berbulan madu???hehe

Jazakallahu khairan kathira

Sunday, August 25, 2013

MESIR : PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM DITERAPKAN


Jutaan manusia membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah pada 30 Jun lalu, genap setahun Mohammed Mursi menjadi presiden Mesir. Jika dulu Dataran Tahrir menyaksikan kebangkitan rakyat menolak si diktator ejen Amerika, Husni Mubarak, kini rakyat Mesir kembali semula ke dataran bersejarah tersebut untuk menuntut penggulingan Mursi.Pada 1 Julai lepas, ketua tentera Mesirmemberi masa 48 jam kepada Presiden Mohammed Mursi untuk menjawab tuntutan rakyat atau pihak tentera akan menggunakan cara tersendiri untuk menangani masalah yang wujud. Setakat ini dilaporkan bahawa seramai 16 orang terkorban dan lebih 780 orang lagi cedera apabila tercetus pertempuran antara penentang Mursi dan penyokongnya dalam demonstrasi besar-besaran bagi mendesak beliau meletakkan jawatan.Pertempuran itu berlaku selepas sejumlah penunjuk perasaan bertindak menyerang ibu pejabat Ikhwanul Muslimin, yang merupakan pergerakan dipimpin Mursi, di Kaherah ketika demonstrasi utama diadakan di Dataran Tahrir. 

Kekecohan itu diburukkan lagi apabila empat menteri yang masing-masing memegang portfolio pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan hal ehwal perundangan meletak jawatan. Dalam masa yang sama, seramai lapan anggota Parlimen daripada kumpulan berfahaman sekular, turut meletakkan jawatan dalam Majlis Syura, Dewan Tinggi Parlimen Mesir. Pembangkang Mesir dikenali sebagai pergerakan Tamarrud yang mengetuai demonstrasi itu memberi Mursitempoh 24 jam untuk melepaskan jawatan.Jika Presiden Mesir itu tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, Tamarrudmengancam meningkatkan kempen kekacauan dan huru-hara.

Buah Tangan Demokrasi

Notis 24 jam yang diberikan oleh tentera sebenarnya mengesahkan bahawa rejim yang lama masih berkuasa dan menguasai Mesir. Kejadian yang sedang berlaku ini menunjukkan yang tentera (yang rata-ratanya masih terdiri daripada penyokong setia rejim Mubarak) cenderung untuk mengambil alih semula kekuasaan. Tentera Mesir yang masih mempunyai hubungi erat dengan Amerika tentunya tidak akan peduli dengan proses demokrasi apabila kepentingan mereka terjejas. 

Apa yang terjadi ini juga membuktikan bahawa gerakan Islam dan para penyokongnya yang terlibat di dalam proses demokrasi melalui pilihan raya legislatif dan pilihan raya presiden, dengan anggapan bahawa Islam boleh diterapkan di Mesir melalui cara ini, sesungguhnya telah terjerumus ke dalam kesilapan yang besar. Ini kerana, mereka telah menundukkan Islam dengan realiti danhasilnya membawa malapetaka kepada diri sendiri. Demokrasi yang diambil, yang merupakan senjata ampuh Barat, ternyata telah menyebabkan mereka berperang sesama sendiri. Para penyokong demokrasi yang inginkan Islam, tidak sedar bahawa Pemerintah Mesir yang didukung oleh Barat tidak akan sekali-kali menerapkan Islam. Mana mungkin Islam diterapkan dalam sistem demokrasi kerana ia adalah sistem kufur yang bertentangan dengan Islam. Apatah lagi dengan para pemimpin yang berkiblatkan Barat, sudah tentu hal ini (penerapan Islam) mustahil terjadi.

Inilah realiti yang terjadi di Mesir. Gerakan Islam yang memenangi pilihan raya telahtidak menerapkan Islam, sebaliknya mengekalkan segala undang-undang dan elemen-elemen sekular yang sedia ada. Mereka mengambil demokrasi (yang diredai oleh Barat) sebagai sistem pemerintahan, mereka mengesahkan dan mengekalkan perlembagaan sekular dengan hanya sedikit pindaan untuk menunjukkannya Islam. Mereka berjanji untuk menjaga perjanjian antarabangsa yang melindungi entiti Yahudi. Mereka juga mengekalkan institusi ketenteraan dengan segala kuasa dan kepentingan ekonomi yang besar di bawah cengkaman tentera, walhal tentera inilah yang dahulunya membunuh ribuan rakyat yang bangkit, tanpa belas kasihan. Mereka membiarkan penjenayah ini tanpa dihukum, malah berapa ramai daripada penjahat rejim yang lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa dibicarakan. 

Mereka menjadikan Amerika sebagai sekutu nombor satu dan bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan Amerika terhadap perlindungan ke atas Israel. Mereka juga bersetuju dan membantu melaksanakan polisi Amerika terhadap Syria. Mereka mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Russia, India dan China dan memuji hubungan baik yang dijalinkan, walhal negara-negara tersebut merupakan pembunuh kaum Muslimin dan menjadi musuh Islam yang nyata.

Mereka berkawan dan menyerahkan diri mereka kepada Amerika dan meletakkan kepercayaan kepada musuh nombor satu Islam itu. Mereka berpaling belakang daripada Islam dan daripada janji untuk menerapkan syariat yang telah mereka katakan selama ini. Mereka menjadi penyeru utama kepada demokrasi di dunia Arab dan mencampakkan Islam ke tepi. Mereka menjemput IMF ke dalam negara untuk menjajah negara melalui ekonomi, malah mereka mengambil dan membenarkan pengambilan riba. Mereka memanjangkan lagi tempoh lesen arak kelab-kelab malam dan disko-disko kepada tiga tahun, kerana mereka mahu menjadikan suasana malam Kaherah lebih menarik terhadap kaum kuffar. Mereka terus membenarkan para pelakon, penyanyi dan penari yang telah terbukti melanggar syarak dan merosak akhlak untuk meneruskan aktiviti mereka seperti biasa. 

Wahai kaum Muslimin! Kerana mengambil demokrasi yang datangnya dari musuh Allah, manakala hukum Allah tidak diterapkan, maka musuh-musuh Allah berjaya memporak-perandakanumat Islam dengan cukup mudah. Kita semua mahukan kebaikan untuk bumi Mesir dan lain-lain wilayah umat Islam. Namun, tidak akan wujud kebaikan sedikit pun di muka bumi ini kecuali hukum kufur demokrasi dicampakkan dan digantikan dengan hukum-hukum Allah SWT. Hanya penerapan hukum Allah di dalam bingkai Khilafah Islamiyyah sahajalah yang akan membawa perubahan dan kebaikan kepada kita semua. Justeru, tidak akan ada jalan keluar untuk pergolakan yang berlaku dalam tubuhumatIslam mahupun pergolakan yang berlaku dalam negara umat Islam, kecuali umat ini kembali menerapkanIslam di bawah naungan Khilafah.

#Sumber: Mykhilafah.com

Solidariti buat Mesir

~Bismillahirrahmanirrahim~

Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.


#R4BIA around the world#
#PRAY FOR EGYPT#








#Sumber: Mesirkini