__AHLan WAsaHLan__

Saturday, April 30, 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah







Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang da'i ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Thursday, April 28, 2011

Rahsia Solat 5 waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

cool.gif Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'



Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'



Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Mencari sinar keimanan


kaki ini terus melangkah
denyutan jantung ini terus mengepam
akal ini mula berfikir
mengharungi kehidupan yang fana ini
Demi mencari sinar-Mu...

Aku terus melangkah ke hadapan
menanti sesuatu yang belum pasti
meninggalkan kenangan yang lalu
mengharapkan....
lembaran baru mula memayungi diriku
dengan sepenuh jiwa ragaku....

Hati ini kudambakan pada-Mu maha Pencipta
untuk mencari ketenangan
menuju jalan yang nyata...
jalan yang diredhai-Mu Ya maha Kuasa...

namun...
bukan semudah itu ...
kerana pastinya
jalan yang kulalui ini
penuh dengan liku-liku arus kehidupan

Kutatap pada-Mu YA Rabb...
dengan penuh keinsafan...
agar diberikan kekuatan..
mengharungi segala noda kehidupan...
supaya cahaya keimanan datang...
bersemadi menghapuskan kegelapan..
dan setia dalam ketaatan...

aku terus melangkah...
mencari sinar keimanan
membina mahligai impian..
Demi kasih dan redha-Mu
Demi menuju syurga yang hakiki...
Untuk menggapai cinta yang suci....

Apa Ertinya ????


Kebebasan

Apa Ertinya Kebebasan Jika Fikiran Masih Dijajah ???

Apa Ertinya Kebebasan Jika Mata Dibutakan & Mulut Dibisukan ???

Apa Ertinya KebebasanJika Memperjuangkan Perjuangan Yang Salah ???

Apa Ertinya Kebebasan Jika Hanya Mampu Melihat Saudara Kita Diperkosa ???

Mana Perginya Ikatan Ikhwan Muslimin ????

Mana Janji Kita Untuk Membela Kebenaran ???

Adakah Kebebasan Hanya Sekadar Ungkapan ?????

Atau Kebebasan Yang Diberikan hanya Sandiwara ???

Selagi Agama & Budaya Kita Terus Diperlekehkan

Sebenarnya Kita Masih lagi Belum Bebas


Tuesday, April 26, 2011

Sunday, April 24, 2011

~Ukhti fillah~










Ukhti fillah. Engkau adalah bunga kehidupan, teramat sayang memperlakukanmu dengan kasar kerana hal itu akan merosakkan keindahan yang ada dalam dirimu dan menodai kesempurnaannya sehingga menjadikannya layu tak berseri. Allah telah memuliakanmu, mensucikanmu dan mengangkat darjatmu dalam agama ini, kerananya raihlah ia dengan memupuk ketaatanmu pada-Nya, meniti benang-benang kehidupanmu di atas jalan Allah dan manhaj Rasulnya agar kebahagiaan tak pernah jemu menghampirimu. Ingatlah selalu firman-Nya:

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Al -Ahzab:71).
Camkanlah selalu dalam hatimu, bahawa berjalan di atas kebenaran (sunnah) ibarat memegang bara api, banyak aral dan rintangan yang menghalangimu. Lihatlah keluar, musuh kita bersatu padu untuk mengahancurkan kita. Dengan segenap daya dan upaya mereka ingin agar kita melepaskan pakaian akhlak dan rasa malu dari diri kita, sehingga mereka lebih berleluasa meratah agama ini. Aku tidak ingin, dirimu dan juga diriku (dengan izin Allah) menjadi korban serigala-serigala liar itu. Kerana itu palingkan wajahmu dari mereka dan sambutlah dengan penuh suka cita jalan kebenaran yang ditawarkan Allah dan Rasul-Nya. Peganglah tali kendali itu dengan sekuat tenaga agar tidak jatuh dalam kehancuran. Buatlah mereka marah dan sedih dengan keteguhanmu berpegang pada agamamu, dengan menjaga rasa malumu dan beriltizam dengan hijabmu.

Ukhti fillah! Sesungguhnya mereka iri dengan apa yang kita miliki, wanita-wanita mereka telah terperosok jauh dalam kubangan dosa, kehinaan dan maksiat sehingga tidak ada lagi yang bisa diharapkan. Sedangkan engkau??? Engkau adalah wanita berkedudukan tinggi, engkau wanita dengan kemuliaan, kesucian dan kehormatan yang tinggi. Kedudukanmu tinggi kerana Al -Qur'an, engkau mulia dengan iman dan suci kerana engkau berpegang teguh pada agama ini. Oleh kerana itu engkau adalah mutiara yang teramat mahal, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya apalagi menyakitinya. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang tidak akan kau dapati selain dalam agama ini.

Maka wahai ukhti fillah Al 'Afifah, yang senantiasa solat dan sujud kepada zat yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya, dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya, cukuplah hadis Rasulullah berikut sebagai penyejuk hati :

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).
Ya, engkau adalah sebaik-baik perhiasan dunia, engkau adalah harapan agama, yang diharapkan dapat melahirkan generasi robbani. Perhiasan itu tidak mudah didapat, harganya terlalu mahal dan menjaganya pun tidaklah mudah. Setiap abdi Allah ingin mendapatkannya, namun tidak semua bisa memilikinya. Ia memberikan kesejukan di kala hati gersang dan menyegarkan pandangan di kala mata suram. Perhiasan dunia itu, dalam kehidupannya senantiasa menampakkan kemuliaan dirinya. Bagaikan sekuntum mawar yang sedang mekar, harumnya tergambar dari peribadinya yang santun. Tunduk pandangannya, tegas bicaranya.

Sedikitpun tidak ada keraguan jika meninggalkannya di rumah. Ia menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dan senantiasa menjaga kehormatan diri dan suaminya. Dalam kehidupan sehari-hari sentiasa diselimuti prestasi. Ia tahu mana kegiatan yang disukai Robbnya , untuk itu ia tidak pernah putus asa. Ia senantiasa menjaga kesucian dirinya. Tidak mudah mengeksploitasi diri dan kehormatannya, apalagi hanya sekadar menggodanya. Kerana ingatlah selalu, bunga istimewa hanya untuk yang istimewa.

Ukhti fillah! Itulah gambaran tentang dirimu. Sungguh teramat agung kedudukanmu. Maka sentiasalah bersyukur kepada-Nya atas semua kurnia, rahmat dan petunjukNya. Takutlah engkau pada Allah dan laksanakan tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu agar engkau termasuk dalam golongan hamba-Nya yang selamat dan bahagia di dunia maupun di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah, semoga Allah memberikanmu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca.



wallahu'alam bissawab....






Friday, April 15, 2011

Dalil Isu Palestin Adalah Isu Umat Islam



“Teruk aa orang Palestin nih, berdamai je la dengan Israel ni, habis cerita “
“Apa pulak masalah kita ? ni masalah rakyat Palestin !”
“Ishh…tak habis2 depa ni berbunuh2an, bila nak tamat cerita Palestin-Israel ni?”
“Apa penting sangat Palestin ni ? Kita kat sini dapat cukup makan pakai dah laa “

…antara skrip biasa rakyat Malaysia bila di tanya isu Palestin. Maszlee Malek memberikan dalil kenapa umat Islam sedunia perlu membuka mata dan menggerakkan minda dan tenaga untuk membebaskan bumi Palestin dari rejim Zionis

Kedudukan Palestin Di Dalam Islam
Oleh : Maszlee Malik

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

1. Ianya merupakan tanah Para Anbiya’. Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Antara mereka ialah Nabi Ibrahim (dimakamkan di Khalil ? Hebron) , Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya, Nabi Isa dan lain ? lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.

2. Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa
i- masjid yang kedua dicipta oleh Allah S.W.T di muka bumi ini,
Berdasarkan hadith Abu Dzar dalam sahih al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W pernah ditanya : ?Mesjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini ?, Baginda S.A.W menjawab : ?Masjid al-Haram?, ?Selepas itu masjid apakah pula ??, Baginda S.A.W pun menjawab : ? Masjid al-Aqsa?.

Ramai aktivis Palestin masih ditahan sekarang, apa sumbangan kita ?


ii- menjadi qiblat pertama untuk orang Islam sebelum mereka bersolat menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.

Ini berdasarkan hadith yang mutawatir (banyak sekali) dari para sahabat, dan di antaranya ialah Hadith dari al-Barra Bin ?Azib seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim :
?Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bila tiba di Madinah, baginda telah berjumpa dengan saudara ? maranya di kalangan Ansar, dan baginda bersolat mengadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan?? sehingga akhir hadith. Had
iii- merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.
Berdasarkan hadith Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa?

iv- Di masjid ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad daripada bumi suci itu melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit yang dinmakan mikra (Naik ? ke langit).
Firman Allah S.W.T :Yang bermaksud :
?Maha suci Allah yang telah mengisrakan (membawa pada perjalanan malam) hambanya dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk kami perlihatkan kepadanya tanda ? tanda kekuasaan kami? (Surah al-Isra : ayat 1)

v- Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : “Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat”.
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan dikategorikan sebagai Hassan.

3. Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Ini berdasarkan Hadith Maimunah Binti Saad yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan juga Ibn Majah : Maimunah telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W : ?Ya Rasulullah berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis?, Lantas baginda menjawab : ?Ianya adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan? .

4. Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan dinamakan sebagai “Ardh Ribath”, iaitu bumi pertahanan jihad.

Atas dasar inilah Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada kaum muslimin bahawa mereka akan mendudukinya dan berpusat di sana. Sebab itulah di zaman Saidina Omar tidak sedikit sahabat yang syahid untuk membebaskannya dari tangan kerajaan kristian Rom. Selepas itu ianya juga pernah jatuh ke tangan tentera salib Eropah sehinggalah Salahuddin al-Ayubi membebaskannya. Begitu juga di zaman Tatar, mereka hamper sahaja menawannya sehinggalah mereka dikalahkan oleh Sultan Qutz. Dan sekarang ini ianya dijajah oleh Yahudi dan jihad akan berterusan di sana selaras dengan janji Rasulullah S.A.W sehinggalah har i kiamat nanti.
Ini selaras dengan hadith riwayat Abu Darda : “Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah ?”
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabrani.Al-Haithami menyatakan perawi ? perwainya semuanya thiqah dan ianya disokong oleh hadith ? hadith yang lain.

5. Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa nabi S.A.W bersabda : ?Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh ? musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh ? musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan , dan sehingga dating pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala?,Para sahabat bertanya : ?Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah S.A.W ??, Baginda S.A.W menjawab : ? Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis?.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : ?Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang ? orang yang thiqah (dipercayai).

6. Ianya juga merupakan bumi yang diberkati Allah. Samada dengan banyaknya para anbiya yang telah diturunkan di sana, jihad yang berterusan dan juga dari sudut kesuburannya. Malah di dalam surah al-Tin Allah S.W .T telah mengisyaratkan bumi tersebut dengan buah tin dan buah zaitun ? menurut tafsiran majoriti ulama tafsir- kerana banyaknya terdapat buah tin dan buah zaitun di sana seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Kathir di dalam “Tafsir al-Quran al-Azim”nya.

Antara ayat ? ayat yang menunjukkan keberkatan bumi tersebut ialah firman Allah S.W.T :
“Maha suci Allah yang telah mengisrakan hambanya pada waktu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya (bumi tersebut) , untuk kami tunjukkan kepadanya tanda ? tanda kekuasaan kami” ( al-Isra : ayat 1)
dan juga firman Allah S.W.T :

Umat Islam wajib bangkit dan bersatu menentang rejim Zionis dan membebaskan Palestin

“Dan kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke bumi yang kami berkati untuk sekelian alam” ( al-Anbiya : ayat 71)
Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah bumi Palestin.
Dan juga firman Allah S.W.T :
“Dan bagi Sulaiman (kami tundukkan) baginya angin kencang yang menurut perintahnya ke negeri yang telah kami berkati” ( al-Anbiya : ayat 81 )
Yang dimaksudkan dengan bumi yang diberkati di sini ialah Baitul Maqdis.
Dan banyak lagi ayat ? ayat lain berkenaan fakta tersebut.

7. Di sini jugalah akan didirikan ibu negara umat islam di akhir zaman , dan kemajuannya akan membawa kepada tanda ? tanda akhir zaman.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W seperti yang telah diriwayatkan oleh Nuaim Bin Hammad salah seorang syeikh kepada Imam al-Bukhari dalam kitabnya “al-Fitan” :

Sabda Rasulullah : ” Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)?” sehingga ke akhir hadith.

8. Di bumi ini jugalah banyak peristiwa besar pada akhir zaman akan berlaku seperti yng telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith ? hadith sahih dan hassan, antaranya :
i- Pusat pemerintahan imam Mahdi dan Nabi Isa A.S.
ii- Dajjal dibunuh oleh nabi Isa di Lud, sekarang ini terdapat lapangan tentera Israel di Bandar tersebut.
Berdasarkan hadith Rasulullah riwayat Majma’ Bin Jariah, sabda Rasulullah S.A.W : “Ibn Maryam akan membunuh Dajjal di pintu kota Lud”
Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Termizi, al-Humaidi, Ibn Hibban, dan al-Tabrani dan diklasifikan sebagai sahih lighairihi.
iii- Pertempuran besar antara umat islam dengan Yahudi di bawah pimpinan Dajjal akan berlaku di sini.
Berdasarkan hadith Ubadah Bin Somit, Rasulullah S.A.W bersabda : “Akan kekal di kalangan umatku sekumpulan yang berjihad menegakkan yang haq dan mengalahkan mereka yang menentangnya sehinggalah di kalnagan mereka akan membunuh Dajjal”
Hadith riwayat Imam Ahmad dan al-Tabrani dan dikategorikan oleh al-Hakim sebagai sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
Berkaitan dengan pembunuhan pengikut ? pengikut Dajjal di Baitul Maqdis pula diceritakan dalam hadith Ibn Umar, bagaimana selepad Dajjal dibunuh, mereka pula akan dibunuh oleh orang islam sehingga jika mereka bersembunyi di sebalik batu dan kayu , batu dan kayu akan memberitahu orang islam untuk membunuh Yahudi ? yahudi tersebut.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan dikategorikan sahih oleh Ahmad Syakir.

Wednesday, April 6, 2011

-Coretan Di Pagi hari--

Assalamualaikum.....


Tidak sampai 2 minggu lg kan kuliah dah nk abes...erm...Hujung2 semester ni lah waktu yang paling buzy sebagai seorang mahasiswa macam aku ni..mane x nyerr...semua subjek yg aku amik sem ni melibatkan projek.So,masa nilah nak kena siapkan projek yang blom settle g..

erm....

Tp nape aku merasekan cam mustahil jerr nk siapkan projek dalam masa 2 minggu ni..Huhu...

Component Design???
Dynamic Auto???
Numec???


hahaha..cam nk pecah kepala nak siapkan projek yang kt atas 2....Dah la dengan test 2 lagi.....huhu...




Kt meja study pukul 1 pagi sambil dengar Suria FM




tP inilah kehidupan aku.... kerja2 assignment,quiz,test,project dah sebati dalam hidup aku...nak x nk, mesti kena siapkan jugak...huhu....dah 3 tahun aku kt UTM, macam2 benda dah aku lalui....Ada setahun lagi aku kt uTM..INsYaALLAH...AKU akan buat yang terbaik dalam mencari ilmu Allah ini....


Ya Allah..kuatkanlah diriku dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu YA ALLAH....sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala-galanya...Aturlah perjalanan hidupku ini dengan kemanisan Iman YA ALLAH......


Wassalam....