__AHLan WAsaHLan__

Saturday, January 7, 2012

Saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa2 dari usrah!



SHUHHHHHH!!!!!

watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!

But how can we deny our feelingkan?

Nak tahu satu cerita?

betul nak tahu?

Dah ready nak tahu?

betul ke nak tahu ini?

hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)

Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al bana kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.

Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.

Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.

Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.

But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.

Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.

Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.

Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???

Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?

No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.

Ikhwah dan akhawat sekalian.

Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita berinteraksi dengan manusia.

Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi perlukan.

Dan antum tahu tak? Tak semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.

Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak sangat kekangan.

Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.

Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat yang perlu kita sedari.

Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek. Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.

Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak berusrah selama berbulan-bulan.

Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya sendiri tidak diberikan sebaiknya?

Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita. Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak kelemahan dan cacat celanya.

Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang menjadi murabbi kita.

Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil kita sebagai anak usrah dia.

Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk mendidik kamu.

Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk mendidik kamu.

‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’

Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah. Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.

Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?

Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati Allah.

“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti, yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.

Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya, amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa. Lebih mengisi keperluannya.

Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .

namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.