__AHLan WAsaHLan__

Thursday, August 1, 2013

LailaturQadar

~~Bismillahirrahmanirrahim~~

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Ketika datang bulan Ramadan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

LailatulQadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Sememangnya tiba sahaja bulan Ramadhan, LailatulQadar adalah kemuncak untuk kita berusaha mencari redha dan taqwa Alllah. Allah telah merahsiakan waktu sebenar malam tersebut dari pengetahuan hamba-hambanya agar mereka sentiasa bersemangat untuk mencarinya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, yang bermaksud:"..barangsiapa yang menghayati LailatulQadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat yang lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu."(Hadis sahih riwayat Bukhari).

Begitu pemurahnya Allah dengan memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk mencari keampunan Allah s.w.t. Segala ibadah termasuk solat-solat sunat, istighfar, zikir, tilwatulQuran dan berdoa kepada Allah adalah ibadah-ibadah yang lazim dilakukan.

Diceritakan bahawa pada malam Al-Qadr, ribuan malaikat akan turun ke bumi dan datang mendekati manusia yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketaqwaan lalu mendoakan setiap daripada manusia itu yang sentiasa mendekati Allah SWT pada malam tersebut. 

Banyak kelebihan yang ada pada malam tersebut. Sebagai hamba Allah yang penuh dosa, inilah masa terbaik untuk kita sama-sama berusaha mencari keampunan supaya diri kita sentiasa suci dan bebas dari segala perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Oleh itu, rugilah bagi seseorang itu sekiranya tidak menghabiskan masa-masa yang ada di penghujung Ramadhan ini untuk mencari ketaqwaan Allah.

Setiap umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan doa pada malam tersebut terutama doa yang sentiasa menjadi amalan Rasulullah.

Dari ‘Aisyah r.a berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika kau mengetahui suatu malam adalah Lailatul Qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”
Baginda menjawab, “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 





1 comment:

  1. The gambling capital of New York - Dr.D.
    The 제천 출장마사지 New York city's biggest 광주 출장안마 gambling hub, 의왕 출장마사지 the Empire State, lies on the East 정읍 출장마사지 Coast's east coast, Aug 20, 2017 김포 출장안마 · Uploaded by dbesta

    ReplyDelete